suria

[V] Fattah ambil tahu dengan siapa Fazura berkawan tapi tak kongkong isteri… “Perlu minta izin untuk keberkatan”

SEBAGAI seorang suami, pelakon Fattah Amin berkata adalah wajar baginya untuk mengetahui dengan siapa isterinya berkawan.

Malah Fattah atau nama sebenarnya Abdul Fattah Mohd Amin, 33, berkata, perkara itu adalah normal dan merupakan satu tuntutan dalam Islam.

Bukan sahaja berkenaan perihal kawan, Fattah memaklumkan setiap perkara yang dilakukan Fazura juga perlu mendapat keizinannya.

Fattah 1

Sebagai seorang suami, Fattah berhak mengetahui semua berkenaan Fazura.

“Sebagai suami, kita kena ambil tahu dengan siapa isteri kita berkawan.

“Adalah sangat normal bagi suami dan isteri untuk bagi nasihat antara satu sama lain dalam segala hal.

“Isteri perlu meminta izin suami untuk mendapat reda dan keberkatan, jangan kata kawan tetapi juga segala hal nak keluar rumah pun kena minta izin suami,” katanya kepada mStar.

ARTIKEL BERKAITAN: Fazura kurang pasti niat naratif ‘perang dingin’ dengan Neelofa, tak berkawan bukan bererti bermusuh

ARTIKEL BERKAITAN: [V] “Saya dah tak larat” - Neelofa hulur salam damai, mahu tamatkan sengketa 13 tahun dengan Fazura

Fattah memaklumkan perkara itu semasa Pelancaran Koleksi Baju Melayu jenama Eastana Exclusive untuk Raya Aidilfitri 2024.

Dalam masa masa, Fattah juga menafikan dakwaan kononnya dia mengongkong aktiviti Fazura atau Nur Fazura Shariffuddin, 40.

Kata Fattah, sebagai seorang Muslim, tidak seharusnya perkara itu dijadikan isu sehingga menampakkan ia negatif.

Sebagai suami, kita kena ambil tahu dengan siapa isteri kita berkawan.

FATTAH AMIN

PELAKON

“Kalau saya mengongkong, Fazura tidak boleh keluar penggambaran.

“Dan sebagai seorang islam kita jangan isukan perkara itu sehingga menampakkan ia negatif,” ujarnya.

Sebelum ini, pengacara Neelofa mahu menamatkan sengketa yang berlarutan selama 13 tahun antara dia dan Fazura.

Fattah 2

Fattah dan Fazura berkahwin pada November 2017.

Neelota berkata, dia juga bersedia bersemuka dengan aktres berkenaan bagi merungkai semua masalah di antara mereka.

Susulan itu, Fazura menjelaskan naratif 'perang dingin' di antaranya dengan Neelofa tidak seperti yang digembar-gemburkan.

Fazura sebaliknya berkata sekiranya dia tidak berkawan dengan seseorang itu bukan bererti mereka saling bermusuh sebaliknya lebih mengutamakan keizinan suami atas dalam memilih rakan.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain