suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Ramli MS minat main snuker, ada persamaan dengan muzik... Mahu jalani hidup tanpa fikir masalah

PENGARAH muzik Datuk Ramli MS mengakui lebih selesa mengambil pendirian untuk tidak mengulas sebarang isu kontroversi yang melibatkan orang sekelilingnya.

Ramli atau lebih dikenali sebagai Tok Ram, 66, berkata dia mahukan ketenangan jiwa dan hidup tenang tanpa dibebani masalah yang tiada kaitan dirinya.

“Waktu usia macam saya ni tidur kena cukup dan paling penting jangan cari masalah atau bermain dengan api.

“Sekiranya tahu sesuatu perkara itu akan mengundang masalah jadi baik elakkan, kejujuran itu penting dalam kehidupan sebab kalau tidak tipu sesiapa jadi musuh pun tak ada.

“Kepala pun tidak akan sakit, penat bekerja itu biasa tapi jangan penat fikirkan masalah yang paling penting jangan bermain dengan api, buat sekadar yang mampu jangan bebankan diri kalau tak boleh,” katanya kepada mStar.

Dalam pada itu, Ramli turut memberitahu dia menyukai sukan snuker kerana mempunyai persamaan dengan bidang muzik yang dilakukan.

TONTON VIDEO TEMU BUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi