suria

Nazrief Nazri kena sihir penunduk, rupanya dihantar oleh bibik

PELAKON Nazrief Nazri mendedahkan dia pernah menjadi mangsa sihir penunduk dipercayai dilakukan oleh bekas pembantu rumahnya.

Kata Nazrief, 34, disebabkan itu, dia hanya memandang sebelah mata setiap kesilapan yang dilakukan oleh wanita berasal Indonesia itu.

“Saya tidak pernah marah dia walaupun kerja dia sambil lewa seperti kemas dapur tidak bersih, masak tidak sedap, beri anak makan makanan yang dipanaskan sahaja.

“Bila dia (bibik) sudah tiada, baru saya perasan perkara itu. Apa yang buatkan saya tahu kena sihir itu adalah bibik yang saya ambil selepas dia bagitahu. Dia terjumpa pakaian bibik lama yang diletakkan empat penjuru.

“Motif dia buat itu adalah sebab dia tidak boleh terima pekerjaannya sebagai bibik. Dia pernah cakap yang kehidupannya sebelum ini seperti isteri saya,” katanya kepada mStar.

TONTON VIDEO TEMU BUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI

 



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi