PELAWAK Ammar Titan mengakui rindu untuk kembali bergandingan dengan Issey seperti dahulu ketika sama-sama beraksi dalam program komedi menerusi kumpulan Titan.
Ammar atau nama sebenarnya Azizul Ammar, 38, berkata dia sedar ramai peminat masih menantikan kemunculan semula mereka dan berharap supaya rakan baiknya itu akan mempertimbangkan permintaannya.
“Ramai sebenarnya komen yang cakap saya macam tak lawak bila tiada Issey mungkin kena bergabung semula, tapi ramai tak faham setiap komedi berkumpulan itu ada bahagian masing-masing.
“Kalau diberikan peluang lagi sekali memang saya nak juga bergabung semula dengan Issey sebab ramai kawan-kawan tanya bila kumpulan Titan nak kembali beraksi.
“Tapi saya faham Issey pun ada kerjaya dia sendiri sekarang lebih-lebih lagi dia sekarang jadi penyampai radio tapi harap sangat kalau Issey tengok video ni, jom kita masuk bergabung semula,” katanya kepada mStar.
TONTON VIDEO TEMU BUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI

































































































































































