PELAKON dan pengarah Abbey Abimbola meluahkan rasa kesal dan bengang terhadap seorang individu didakwa gagal membuat pembayaran untuk filem Bukan Hantu Biashe-biashe.
Lebih membuatkan dia kesal, Abbey atau mesra dipanggil Abang Sado mendakwa individu berkenaan berjanji untuk membayar duit seperti dijanjikan namun sehingga kini hanya menabur harapan palsu.
“Saya rasa sedih dan kesal apabila individu ini tidak bayar duit saya selepas filem Bukan Hantu Biashe-Biashe ini sudah ditayangkan hampir setahun.
“Bayangkan satu sen pun saya tidak dapat duit dan hak saya, penat sebab saya kerja keras untuk filem ini hampir tiap-tiap hari buat promosi sehingga sekarang pun masih promosikan filem ini.
“Dia janji untuk bayar dan saya tahu filem ini tidak laku jadi bayaran pawagam sikit saja tapi tidak apa bukannya minta banyak kalau dapat sikit pun saya syukur alhamdulilah,” katanya kepada mStar.
TONTON VIDEO PENUH DISEDIAKAN MSTAR INI.

































































































































































