suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Nafiz Muaz suka sastera, tulis pantun sentuh isu curang tiada kaitan rumah tangga

PELAKON Nafiz Muaz tampil menjawab dakwaan rumah tangganya kini sedang berdepan masalah susulan sering berkongsi pantun menyentuh isu kecurangan di media sosial.

Nafiz atau nama sebenarnya Muhd Nafiz Muaz Mat Nasir, 27, menegaskan rumah tangganya berada dalam keadaan baik dan pantun yang dimuat naik itu tidak mempunyai sebarang kaitan dengan kehidupan peribadinya.

“Sebenarnya pantun itu saya buat hanya untuk konten. Kenapa saya buat pantun tu sebab saya nak sampaikan mesej. Mula-mula saya buat pantun untuk suka-suka, tak sangka ramai yang suka benda-benda macam ini.

“Ia tak ada kena-mengena pun dengan rumah tangga saya. Soal rumah tangga saya tak perlu ditonjolkan ia adalah hal peribadi. Saya masih seorang suami dan seorang ayah,” katanya kepada mStar.

TONTON VIDEO TEMU BUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI

 



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi