suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Achey tak anggap diri pelawak senior, boleh ‘sekepala’ dengan Namie dan Shashic

PELAWAK Namie dan Shashic mengakui hubungannya bersama Achey semakin akrab selepas menyertai program Muzikal Lawak Superstar musim kelima (MLS5).

Menurut Namie atau Najmi Shaharudin, 29, meskipun Achey merupakan pelawak senior namun mudah untuk mereka bekerjasama dan saling berkongsi pandangan berkaitan komedi.

“Sebenarnya saya dengan Achey pernah bekerjsama dulu tapi terhenti sekejap selepas tewas dalam satu pertandingan, jadi rasa tak puas tapi sekarang dapat bersama dalam satu kumpulan kembali. 

“Saya rasa segan dengan Achey sebab kami banyak persamaan contohnya hobi motorsikal, rasa ragu-ragu juga bila nak dekat dengan Achey takut tak boleh serasi.

“Jadi percubaan untuk makin serasi bila saya buat lawak dekat dia jadi bila gelak tu tak berhenti maka daripada situ bermulanya keserasian kami, istilah orang lama ke memang tak ada untuk Achey ni,” katanya kepada mStar.

TONTON VIDEO TEMU BUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi