suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Fariz Isqandar ambil pengajaran jual topi ‘fake’, sekarang perniagaan lebih berkat

TERPALIT kontroversi menjual topi tiruan atau fake, pelakon Fariz Isqandar memaklumkan hasil jualan pakaian miliknya menerusi sesi siaran langsung tidak terjejas meskipun dihimpit isu tersebut.

Menurut Fariz, 20, insiden berkenaan turut membuka matanya untuk lebih menghargai rezeki serta tidak bersikap tamak dalam urusan perniagaan.

“Semestinya ia memberi kesan kepada saya, tetapi hanya untuk dua hari sahaja. Saya tidak mahu memikirkannya terlalu lama kerana bimbang akan jadi negatif.

“Kalau nak kata pelanggan susah nak percaya sekarang, memang ada. Tapi jualan saya tidak terjejas. Alhamdulillah, sekarang jualan saya lebih berkat.

“Malah, isu ini sudah membuka mata saya untuk tidak menjadi lebih tamak. Tuhan jentik saya supaya rasa lebih bersyukur dengan apa yang ada,” katanya kepada mStar.

TONTON VIDEO TEMU BUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi