MELIHAT Ira Kazar semakin bergiat aktif di media sosial, bapanya iaitu Kazar Saisi tidak menghalang jika anaknya itu ingin mengikut jejak langkah menjadi seorang pelakon.
Meskipun pernah berdepan kontroversi panas, Kazar atau Kazaruddin Saisi, 66, meluahkan rasa syukur kerana Ira semakin diterima ramai.
Malah, Kazar memberitahu Ira menerima lebih banyak tawaran kerja berbanding dirinya.
“Saya tak tahu nak cakap apa sebab itu pilihan Ira sendiri sebab tugas saya sudah selesai besarkannya, tapi Ira ni kurang minat berlakon sebab lebih kepada bidang pengacaraan sebab Ira pernah ikut saya di set penggambaran.
“Ira pernah cakap penat kalau berlakon, tapi saya tidak pernah halang asalkan pandai jaga diri tapi kalau boleh tak payah la jadi artis.
“Banyak cabarannya, tapi itu semua kuasa Allah dan susunannya jadi nak halang pun tidak atau galak pun tidak tapi kalau itu punca rezekinya ikut saja,” katanya kepada mStar.
TONTON VIDEO TEMU BUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI

































































































































































