PELAWAK Mamat Sepah menasihatkan artis baharu supaya tidak terlalu meniru gaya orang lain sebaliknya mencipta identiti sendiri.
Kata Mamat atau nama sebenarnya Mohd Noor Murad, 40, memiliki gaya atau trademark tersendiri mampu membantu seseorang artis itu untuk mudah dikenali serta diingati oleh peminat.
“Bila saya tengok komen-komen di media sosial semua cakap minat kami jadi itu semua merupakan hasil karya dan kerja kami waktu muda dulu.
“Kalau nak jadi artis kena ada gaya atau trademark sendiri kalau contoh kumpulan Sepah trademark kami adalah motor tiga roda dan cerita dalam program Raja Lawak yang orang ingat.
“Untuk menjadi artis yang betul sebenarnya kena ada sesuatu untuk orang ingat tak kisah la pelawak ke penyanyi ke ataupun wartawan sekali pun, kalau sekadar artis biasa sahaja nanti susah untuk orang ingat,” katanya kepada mStar.
TONTON VIDEO TEMU BUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI

































































































































































