suria

Amyra Rosli berterus-terang dengan suami, kalau ada masalah terus cakap... “Lelaki tak faham perempuan”

PELAKON Amyra Rosli berpendapat media sosial bukanlah platform yang sesuai untuk pasangan suami isteri meluahkan perasaan atau mendedahkan masalah rumah tangga kepada umum.

Jelas Amyra atau nama sebenarnya Nur Amira Izzati Rosli, 34, tindakan berkenaan hanya akan mengundang salah faham selain membuka aib pasangan.

“Saya tak pernah meluah di media sosial sebab nanti kalau buat itu, orang akan terus cari Amar. Sedangkan kami ini duduk sebumbung, hari ini gaduh, esok sudah berbaik.

“Saya juga ambil iktibar daripada kisah orang lain. Kadang-kadang mereka yang muat naik di sosial media itu sebab mahukan perhatian ataupun sebab tidak ada tempat untuk mengadu. Jadi mereka rasa itu jalan terbaik dan puas berbuat sebegitu,” katanya kepada mStar.

Dalam masa sama, Amyra juga menjelaskan yang dia tidak akan sesekali berbalah dengan Amar sekiranya berada bersama anak-anak.

“Kalau gaduh dalam kereta, kita senyap dulu tapi bila balik, saya tarik dia dalam bilik kemudiannya cakap apa yang tidak puas hati,” ujarnya.

Dalam perkembangan lain, Amyra akan tampil dalam satu drama Akasia: Khianat Yang Terpilih yang bakal bersiaran pada tahun depan di TV3.

Selain Amyra, pelakon lain yang akan membintangi drama tersebut ialah Ben Amir, Puteri Aishah dan Ikmal Amry.

TONTON VIDEO TEMU BUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi