suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Gian mencuri selepas mabuk, warga emas ‘kantoi’ simpan 320 pakaian dalam... Kini jalani rawatan mental

Dennis Kwek ditangkap ketika sedang mencuri 10 helai pakaian dalam. -Gambar Shin Min

SEORANG warga emas mengaku bersalah pada Jumaat selepas mencuri 320 helai pakaian dalam wanita sepanjang tempoh lima tahun.

Kesalahan itu terbongkar apabila lelaki tersebut, Dennis Kwek, 61, ditangkap semasa cuba mencuri 10 helai pakaian dalam di sebuah flat  pada 21 Mei 2025. 

Seorang penduduk ternampak Kwek sedang menyelinap di koridor awal pagi dan mengejar sehingga menahan lelaki itu.

Kejadian dilaporkan berlaku di Bukit Batok Central, Singapura.

Polis kemudian menemui tujuh beg lagi di rumah Kwek, mengandungi 310 helai pakaian dalam tambahan dan dia mengaku mencuri semua barangan itu sepanjang tempoh lima tahun.

Dalam prosiding mahkamah, pihak pendakwa menyatakan Kwek telah didiagnosis menghidap gangguan penggunaan alkohol oleh Institute of Mental Health (IMH), dan dia dilaporkan mempunyai dorongan mencuri pakaian dalam selepas minum alkohol.

Kwek, yang bekerja sebagai pengawal keselamatan penerbangan ketika ditangkap, diarahkan menjalani rawatan dan penilaian wajib. 

Dia mengaku bersalah di bawah Miscellaneous Offences (Public Order and Nuisance) Act dan akan dijatuhkan hukuman pada 1 April depan.

Jika didapati bersalah, hukuman boleh termasuk penjara sehingga setahun, denda sehingga S$3,000 (RM9,900) atau kedua-duanya.-Agensi

Artikel Lain