suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Guna video harimau dah mati cari dana, zoo persendirian digantung operasi

Video anak harimau yang sudah mati itu digunakan untuk meminta sumbangan daripada ramai. -Foto Douyin

SEBUAH zoo persendirian dikecam selepas didakwa menggunakan video lama anak harimau Siberia bagi menarik sumbangan penonton siaran langsung walaupun haiwan itu sudah mati.

Puyang Central Zoo di wilayah Henan, China, dilapor terus menyiarkan rakaman lama selepas anak harimau bernama Nuannuan itu mati akibat penyakit berjangkit, feline distemper.

Namun kematian tersebut tidak didedahkan kepada umum.

Penjaga haiwan, Zhang Lina, meminta sumbangan daripada 2.7 juta pengikut untuk memberi makan lebih 20 ekor harimau, dengan dakwaan 25 yuan (RM14) boleh membeli seekor ayam.

Menurutnya, kos menjaga seekor harimau mencecah sekitar 200 yuan (RM113) dan mereka berjanji tidak akan meminta sumbangan melebihi keperluan.

Zhang turut mendedahkan seorang wanita menaja Nuannuan sebanyak 2,600 yuan (RM1475) setiap bulan.

Pada 10 Februari, pihak berkuasa mengesahkan kes itu sebelum menggantung operasi zoo serta meletakkan pengarah di bawah program pemulihan.

Pengurusan zoo memohon maaf kerana menipu mengenai kematian Nuannuan dan berjanji mendedahkan video rawatan serta perincian perbelanjaan haiwan. -Agensi

Artikel Lain