LULUH hati seorang wanita apabila menemui bukti transaksi pemindahan wang mencecah ratusan ribu ringgit yang dilakukan suaminya.Lebih menambah rasa pilu apabila wang tersebut diserahkan kepada keluarga mentuanya untuk tujuan renovasi rumah sebelum majlis perkahwinan adik ipar lelakinya. Malah sebelum ini, suaminya turut menanggung perbelanjaan dan kos pengajian adik lelakinya kerana merasakan ia adalah tanggungjawab sebagai anak sulung.Situasi yang berlaku itu membuatkan dia berlutut di hadapan suaminya dan memohon penceraian kerana tidak lagi sanggup hidup dibayangi keluarga mentuanya.Kejadian dilaporkan berlaku di Hanoi, Vietnam.Berdasarkan laporan Eva.vn pada Ahad, konflik mula tercetus apabila anak mereka memasuki darjah satu dan wanita mencadangkan membeli sebuah kereta bagi memudahkan urusan harian.Namun cadangan itu ditolak oleh suaminya atas alasan tiada keperluan berbuat demikian. Keadaan semakin tegang apabila dia menemui resit pemindahan wang kepada akaun bapa mentuanya yang bernilai kira-kira 500 juta VND (kira-kira RM96,000), terselit di dalam buku teks anak mereka.Selepas disoal, suaminya mengaku wang itu dihantar untuk membaiki rumah keluarga di kampung kerana adiknya bakal berkahwin.Malah suaminya menegaskan bahawa tindakan itu adalah tanggungjawabnya sebagai anak sulung.Susulan itu, wanita terbabit meluahkan keinginan untuk bercerai kerana bimbang bantuan kewangan kepada keluarga mentuanya akan berterusan. -Agensi