SUDAH menjadi tradisi, kanak-kanak akan berkunjung ke rumah jiran tetangga bagi mengumpul duit raya di samping menikmati juadah yang pelbagai.Namun lain pula kisahnya dengan dua sekawan ini apabila mereka mempunyai motif tersembunyi ketika beraya. Gelagat dan tingkah laku mereka itu dikongsikan seorang wanita yang terhibur dengan kejujuran dua sahabat berkenaan."Tak tahu anak siapa yang datang rumah nak beraya, apabila tanya nak duit raya sahaja atau nak makan sekali, mereka jawab nak makan.Kanak-kanak pasti berasa gembira apabila menerima duit raya. -Gambar hiasan"Jadi, aku jamulah kuih muih, kebetulan hari ini ramai yang ada di rumah. Mereka memang dapat duit raya lebih sikit."Semasa nak balik, budak-budak tu nak bersalam dan tiba-tiba minta maaf dengan sepupu aku (tuan rumah)," ujarnya berkongsi situasi di Thread.Ucapan maaf yang dituturkan salah seorang kanak-kanak tersebut membuatkan dia tertanya kesalahan yang telah dilakukan.Ekoran daripada itu, kedua-dua mereka kelihatan seperti ketakutan.Dua kanak-kanak datang beraya dan pilih mahu makan di rumah jiran.Tuan rumah terkejut mereka tiba-tiba minta maaf sebelum pulang.Rupa-rupanya pernah baling mercun mancis depan rumah hingga hampir kena motosikal.Kanak-kanak mengaku kesalahan walaupun tiada siapa mengetahui.Netizen terhibur dan puji keberanian serta adab mereka.Ringkasan ini dijana oleh AI"Aku terus tanya... adik ada buat salah ke ni, kenapa minta maaf?"Kawan dia terus cakap... mengaku je, baik kau minta maaf," tambahnya lagi.Susulan daripada itu, kanak-kanak terbabit menceritakan kejadian yang membuatkan dia memohon maaf kepada tuan rumah."Budak tu cakap... hari tu saya ada baling barang dekat depan rumah abang. Aku pula sibuk tanya barang apa yang dibaling dan dia terus jawab mercun mancis yang hampir terkena motosikal sepupu aku tu.ARTIKEL BERKAITAN: “Dah jadi hak anak-anak kau” - Individu ikhlaskan hati tersalah hulur sampul duit raya, langsung tak minta semula RM800ARTIKEL BERKAITAN: “Ambil la bang, buat penuh beg saya je” - Pemuda terkedu budak pulangkan duit raya, siap ‘sedekah’ RM1!"Nasib baiklah sepupu jenis baik," ujarnya yang mengakui rasa terhibur apabila terkenangkan reaksi wajah budak berkenaan.Perkongsian wanita ini mengundang pelbagai reaksi netizen dengan kebanyakannya turut terhibur dan memuji sikap kanak-kanak berkenaan."Bagusnya budak ni, jarang ada budak mengaku kesalahan yang orang tak nampak."Mesti mak ayah dia yang suruh minta maaf sebab jarang ada budak yang berani datang 'menghadap' dan mengaku silap," demikian reaksi netizen.