KETEGANGAN yang memuncak antara Amerika Syarikat (AS) dan Iran terus menjadi perhatian masyarakat global sehingga ada individu yang tidak tenang menantikan perkembangannya.Di Thread, seorang pemuda Malaysia turut meluahkan rasa bimbang mengenai masa depan kehidupan serta kerjanya gara-gara konflik dunia yang dilihat seolah‑olah tiada penghujungnya. "Kenapa berlakunya semua bencana apabila tiba giliran kita untuk membesar? Masa tahun 2020, baru tiga minggu masuk universiti, terus lockdown sebab Covid-19.Ramai bimbang konflik dunia akan memberi impak terhadap ekonomi negara. -Gambar hiasan AI"Kuliah tak bersemuka sehingga semester lima. Sekarang baru dapat kerja stabil. Kemudian berlaku perperangan pula di luar negara dan memberi impak kepada ekonomi kita."Bila la nak rasa senang dan tenang? Patutlah rasa tertekan membesar dalam generasi ini. Saya lagi rela hidup zaman mak ayah saya," luah pemuda itu.Menjengah ke ruangan komen, beberapa individu turut meluahkan kebimbangan serupa dan berharap konflik berkenaan akan berakhir secepatnya.Pemuda luah rasa bimbang lihat pergolakan yang berlaku antara AS dan Iran.Dia juga mengimbau kenangan pahit menjalani kehidupan sewaktu pandemik.Pemuda itu akui hidup tak tenang dengan pelbagai konflik yang berlaku dalam dunia.Beberapa netizen turut berkongsi sentimen sama dan berkongsi pandangan mereka di ruangan komen.Ringkasan ini dijana oleh AI"Betul, rasa macam pengakhiran sebuah era. Sedih memikirkan nasib kita yang belum rasa nikmat travel, kahwin dan pergi haji."Saya pun berdepan pandemik Covid-19 semasa sambung belajar. Rasa 'lemas' gila. Mampu menjerit tanpa suara je masa tu," tulis netizen.Dalam pada itu, beberapa individu turut berkongsi pandangan tentang konflik dan perang sambil menjelaskan ia bukanlah perkara baharu dalam sejarah dunia.ARTIKEL BERKAITAN: Percaya dunia nak kiamat, makcik jual semua harta! Kini kena duduk di pondok, dulu pernah sindir Ustaz KazimARTIKEL BERKAITAN: 'Dunia nak kiamat, takut tak sempat ada iPhone' - Pelajar PT3 mesej peniaga online minta telefon percumaMalah, netizen turut berkongsi kata-kata semangat agar semua pihak sentiasa berlapang dada dengan ujian hidup yang menjadi lumrah buat setiap manusia."Generasi sebelum ini terkesan dengan perang dunia pertama dan kedua, darurat dan krisis kewangan tahun 1998."Krisis minyak ni bukan pertama kali berlaku. Cuma sekarang, kita hidup dalam fear mongering 24 jam disebabkan media sosial."Jangan cakap macam tu. Ini semua takdir Allah. Nak tak nak, kita kena kuat. Apa yang penting, sediakan bekalan untuk akhirat," tulis netizen lagi.