AIDILFITRI tahun ini membawa makna berbeza buat seorang wanita berusia 34 tahun apabila buat pertama kali dalam hidupnya dia menyambut Syawal dengan menggayakan pakaian wanita.Yusazlinda Yunus berkata, semuanya bermula apabila dia mengenakan jubah yang dibelinya di Makkah ketika menunaikan umrah pada Februari lalu. Menurutnya, jubah berwarna merah hati atau maroon itu menarik perhatiannya secara tiba-tiba ketika berada di sebuah kedai di Tanah Suci."Seumur hidup saya tak pernah ada baju raya perempuan. Setiap kali Aidilfitri saya pakai baju Melayu saja tapi masa di Makkah, mata saya tertarik pada sehelai jubah. "Lama saya pegang jubah itu sampai rasa sebak. Mungkin bagi orang lain itu cuma sehelai pakaian tapi bagi saya itu seperti permulaan sebuah hidayah," katanya kepada mStar.Yusazlinda (kiri) terharu melihat senyuman ibunya sewaktu sesi fotografi keluarga sempena hari raya.Kisah penghijrahan Yusazlinda sebelum ini tular di media sosial selepas berkongsi pengalaman menunaikan umrah yang mengubah hidupnya kembali kepada fitrah.Kata Yusazlinda, jubah yang kelihatan biasa pada mata kasar itu kemudian dipilih untuk digayakan sempena sambutan Aidilfitri tahun ini.Bagi mengabadikan kenangan istimewa tersebut, dia turut mengadakan sesi fotografi bersama keluarga di sebuah studio sempena hari raya.Jelasnya, pengalaman pertama kali menyarungkan pakaian raya wanita memberikan perasaan sukar digambarkan."Bila pertama kali pakai baju raya untuk photoshoot raya tu memang rasa lain. Masa nak pakai dan gayakan tudung pun masih kelam-kabut sebab belum terbiasa.ARTIKEL BERKAITAN: “Kaki lemah, air mata gugur depan Kaabah” - Ramadan bawa wanita ini kembali kepada fitrah, tinggalkan dunia tomboiARTIKEL BERKAITAN: Pergi umrah mengadu kerja ‘gomen’ bosan, tak mencabar! Pemuda kini hilang nikmat masa lapang, sangat sibuk di tempat baharu"Dulu masa berpenampilan lelaki lebih mudah, cuma sikat rambut saja untuk ambil gambar raya. Sekarang kena fikir padanan tudung pula,” katanya yang bekerja sebagai ejen pemasaran penapis air.Namun apabila melihat hasil gambar tersebut, Yusazlinda mengakui dia dapat melihat dirinya dalam perspektif yang berbeza.Tambahnya, pengalaman itu membuatkan dia lebih menghargai dirinya selepas kembali kepada fitrah sebagai seorang wanita."Bila tengok gambar itu, nampak senyuman saya sangat ikhlas sebab betul-betul dapat rasa nikmat berhari raya sampai saya menangis. Dulu orang puji saya nampak 'handsome' pakai baju Melayu."Tapi sekarang bila tengok diri di cermin, saya nampak diri saya yang sebenar. Saya juga rasa diri saya lebih cantik sekarang berbanding dulu masa berperwatakan lelaki," katanya yang menetap di Cyberjaya.Yusazlinda sambut Aidilfitri pertama dengan pakaian wanita.Jubah dibeli di Makkah dipilih sebagai baju raya.Terharu lihat senyuman sendiri dalam gambar raya.Padam gambar lama, agih pakaian lelaki.Teruja pulang beraya untuk berjumpa saudara di Kelantan.Ringkasan ini dijana oleh AITambahnya lagi, perubahan itu turut disedari oleh ibunya walaupun wanita tersebut tidak banyak menunjukkan reaksi terhadap Yusazlinda."Mak jenis tak tunjuk sangat perasaan, tapi saya nampak senyuman dia lain tahun ini. Bila tengok gambar saya bersalaman dengan mak tu, saya nampak riak wajah ikhlas dia senyum."Abang ipar pun sempat bergurau. Dulu saya selalu tanya rambut okey ke tak masa sesi bergambar, tapi sekarang saya tanya bab tudung pula," katanya sambil ketawa.Menurut Yusazlinda, perubahan yang dilaluinya selepas pulang dari Tanah Suci tidak terhenti di situ apabila dia turut melakukan beberapa langkah bagi mengekalkan istiqamah.Antaranya termasuk memadam gambar lama di media sosial yang tidak menutup aurat serta mengagihkan pakaian lelaki yang pernah dipakainya sebelum ini.Yusazlinda meluahkan rasa gembira melihat perubahan dirinya selepas pulang daripada mengerjakan umrah."Saya perlahan-lahan padam gambar lama yang tak menutup aurat. Saya juga bagi semua seluar pendek, seluar koyak, baju Melayu dan kurta kepada orang lain."Kalau nak kata sedih, tak langsung. Saya bangga dengan diri sendiri sebab boleh buat semua itu dengan rela hati," katanya.Selain berusaha untuk menunaikan solat pada waktunya, dia juga mula mengikuti kelas mengaji secara dalam talian bagi memperbaiki amalan harian.Jelas Yusazlinda yang berasal dari Kelantan, Aidilfitri kali ini turut menjadi detik yang dinantikannya apabila dia pulang beraya di kampung halaman pada 19 Mac lalu."Sebelum ini saya tak suka sangat balik kampung dan jumpa saudara-mara. Tapi kali ini saya memang teruja tengok reaksi mereka bila nampak saya balik beraya sebagai seorang wanita," katanya.