Sikap segelintir lelaki yang tidak menunaikan tanggungjawab membuatkan anaknya memberontak. -Gambar hiasan AI
BAGI sebuah keluarga yang normal, sosok seorang bapa bukan sahaja sebagai pelindung tetapi hero dalam keluarga.Namun situasi berbeza dialami gadis ini yang menyifatkan bapanya berlagak seperti seorang 'raja' malah tidak pernah menjalankan tanggungjawab sepatutnya untuk isteri dan anak-anak. Lebih teruk lagi, gadis itu mendedahkan perbelanjaan keluarga semuanya ditanggung oleh ibunya.Sudah tidak dapat menahan sabar, gadis ini mengakui 'meletup' dengan sikap bapanya selain berasa kasihan dengan nasib dan derita ditanggung ibunya."Benci betul dapat bapa yang rasa diri dia 'king' dalam rumah. Alhamdulillah aku berjaya 'lawan' baran dia.Anak sulung sering memikul tanggungjawab sebagai ketua keluarga. -Gambar hiasan AI"Aku dah tak kira hormat atau dosa pahala, jangan jadikan anak isteri kau hamba!"Masa kecil dulu bolehlah aku menangis, sekarang tidak lagi... Aku ada segalanya, semoga kau menyesal jadi bapa atau suami tak berguna dalam keluarga," luahnya geram di Threads.Dakwa gadis berusia 22 tahun ini lagi, bapanya bukan sahaja seorang pemalas malah lebih gemar menghabiskan masa bermain permainan video jika berada di rumah.Tidak hanya itu, lelaki itu juga didakwa mempunyai pelbagai tabiat buruk seperti minum ketum dan suka berjudi.Gadis 22 tahun dakwa bapa bersikap seperti ‘raja’ dan abaikan tanggungjawab keluarga.Kehidupan keluarga ditanggung sepenuhnya oleh ibunya.Bapa didakwa malas bekerja, ketagih game, judi online dan minum ketum.Mengaku melawan sikap baran ayah kerana sudah hilang sabar.Netizen beri reaksi bercampur, ada minta tetap hormati ibu bapa.Ringkasan ini dijana oleh AI"Bapa aku suka curi tulang masa kerja, balik rumah untuk main game, berjudi dalam talian, minum ketuma selain baran tak bertempat."Aku hanya hargai mak sahaja sebab gajinya semua digunakan untuk menyara kami empat beradik termasuk bapa," dedahnya lagi.Menjawab tindakan mengenai melawan kata-kata bapanya ketika hari raya, gadis itu mengakui tidak berbangga dengan sikap kurang ajar ditunjukkan.Namun dia melakukan perkara itu kerana sudah hilang sabar dengan semua perbuatan bapanya dan menjadi saksi setiap pengorbanan dibuat ibunya. ARTIKEL BERKAITAN: Nafkah tak bagi tapi enggan cerai! Wanita tertekan 4 tahun hidup ‘diikat’ suami biawak hidupARTIKEL BERKAITAN: Gara-gara kentang goreng jatuh ke lantai, bapa baran hayun tangan ke muka anak kecil! Makin melalak apabila dijerkah suruh diam"Semua loan atas nama mak aku, kereta aku, kereta mak aku... Dia (bapa) mana ada apa-apa."Secara mudahnya, kalau bercerai, memang dia keluar sehelai sepinggang," katanya lagi.Hantarannya itu bagaimanapun mengundang pelbagai reaksi netizen termasuk ada meminta dia tetap menghormati lelaki itu sebagai bapanya."Seburuk-buruk mak ayah kita, dia tetap ibu bapa kita walau tak bagi nafkah."Bagus tindakan awak tu, jangan dia ingat gelaran 'bapa' itu tiket untuk buat apa sahaja yang dia mahu," antara komen netizen.