suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Sekali pandang nampak macam geometri... Rupanya ada ‘rahsia’ tersembunyi pada baju batik merah PM di podium F1

Anwar memakai kemeja batik bermotifkan lakaran Litar Sakhir sebagai simbolik penghormatan buat Bahrain atas penganjuran perlumbaan F1 di SIC.

KEHANGATAN perlumbaan Formula 1 (F1) Grand Prix (GP) Gulf Air Bahrain di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) minggu lalu melabuhkan tirai dengan jayanya pada Ahad lalu.

Namun di sebalik saingan sengit antara pelumba di atas litar, penampilan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menggayakan kemeja batik berwarna merah mencuri tumpuan ramai.

Rupanya, ada rahsia dan simbolik menarik di sebalik motif batik yang dipakai Anwar itu seperti yang didedahkan seorang pempengaruh F1 yang juga Youtuber, Petro Fomin dalam satu video dimuat naik di media sosial.

Anwar ketika hadir pada hari perlumbaan F1 GP Gulf Air Bahrain di SIC pada Ahad. -foto PMO

"Semasa upacara penyampaian hadiah di podium, Perdana Menteri Malaysia tampil untuk menyerahkan trofi. Cuba perhatikan baju merah yang dipakainya itu dengan lebih teliti.

"Sekali imbas, ia kelihatan seperti corak geometri tradisional pada baju batik. Namun jika diamati dengan lebih dekat, keseluruhan corak itu sebenarnya dibentuk daripada lakaran Litar Sakhir," katanya.

Menurut Petro, pemilihan batik bermotifkan Litar Sakhir iaitu litar rasmi bagi saingan GP Gulf Air Bahrain dipercayai dibuat sebagai tanda penghormatan daripada Anwar buat negara Timur Tengah berkenaan.

  • Perlumbaan F1 Gulf Air Bahrain Grand Prix dilangsungkan dengan jayanya di SIC.
  • Datuk Seri Anwar Ibrahim memakai kemeja batik dengan motif istimewa ketika di atas podium.
  • Pempengaruh Petro Fomin mendedahkan corak batik tersebut memaparkan lakaran Litar Sakhir.
  • Motif tersebut dipilih sebagai tanda penghormatan dan penghargaan Malaysia kepada Bahrain.
  • Kemeja batik itu dihasilkan jenama tempatan, Batik Boutique.

"Ia merupakan satu penghormatan yang sangat istimewa dan tanda penghargaan besar daripada pihak Malaysia, yang membantu negara penganjur Bahrain bagi memastikan perlumbaan ini dapat diteruskan," jelas Petro lagi.

Untuk rekod, baju batik yang dipakai Anwar itu merupakan hasil sentuhan jenama tempatan, Batik Boutique.

Menerusi satu hantaran di media sosial, Batik Boutique menjelaskan rekaan tersebut dihasilkan melalui kolaborasi bersama pihak Bahrain International Circuit (BIC).

"Daripada para artisan kami ke pentas global F1, batik Malaysia kini melangkah ke persada dunia," tulis Batik Boutique dalam satu hantaran mengenai rekaan batik terbabit.

Artikel Lain