GILIRAN penyanyi Indonesia Giring Ganesha pula disahkan positif Covid-19 dan kini sedang menjalani kuarantin di kediamannya sendiri. Bekas vokalis kumpulan Nidji itu menerusi Instagram miliknya memberitahu dia sudah menjalani kuarantin selama 11 hari sejak dijangkiti wabak tersebut. "Langit cerah terakhir di tahun 2020 (Khamis). Mendung jadi termenung. Hari yang ke 10 daripada 11 hari saya jalani kuarantin di rumah akibat dijangkiti Covid-19," tulis Giring secara ringkas. Isteri kepada Giring iaitu Cynthia turut memuat naik semula foto anak-anak mereka yang dikongsikan penyanyi itu dengan luahan rasa kerinduan terhadap suaminya. Bagaimanapun sehingga kini, penyanyi lagu Laskar Pelangi itu tidak mendedahkan maklumat lebih lanjut mengenai kronologi dia dijangkiti Covid-19. Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!