suria

Kim Kardashian edit kapsyen IG selepas dikecam minat seni bina, netizen kaitkan isteri baharu Kanye West

Bianca (kanan) merupakan seorang arkitek profesional.

BINTANG realiti Kim Kardashian bertindak pantas menyunting kapsyen di Instagram miliknya selepas menerima kecaman peminat.

Kim membuat kesilapan dengan memberitahu pengikut di media sosial bahawa dia sangat meminati bidang seni bina.

Menerusi perkongsian yang dibuat, Kim mendedahkan dia diminta untuk membantu menceritakan video Architectual Digest yang memaparkan gambaran semula rumah mendiang arkitek terkenal iaitu Richard Neutra di Los Angeles, California.

kim - 1

Kim bertindak menyunting semula kapsyen di Instagram.

"Keghairahan serius saya adalah untuk mengkaji dan menyelidik tentang seni bina, perabot dan landskap. Saya juga diberi penghormatan membuat tour rumah untuk Architectual Digest," katanya.

Bagaimanapun, kenyataan itu menerima kecaman ramai apabila netizen mengaitkan isteri baharu penyanyi rap Kanye West iaitu Bianca Censori merupakan seorang arkitek profesional.

"Sekarang ini kamu suka bidang seni bina kerana Bianca?"

ARTIKEL BERKAITAN: Peminat Taylor Swift serang IG Kim Kardashian, tinggal emoji ular di ruang komen

ARTIKEL BERKAITAN: Anak Kim Kardashian buat hal lagi, tunjuk jari tengah kepada paparazi

"Bunyinya (suka seni bina) tidak menggambarkan seperti kamu," tulis netizen.

Beberapa minit selepas itu, netizen mendapati Kim menyunting semula kapsyen berkenaan.

"Saya suka seni bina dan perabot, jadi diminta membantu menceritakan tour rumah untuk Architectural Digest," suntingnya.

Untuk rekod, Kim mendirikan rumah tangga dengan Kanye pada 24 Mei 2014 namun berpisah selepas enam tahun berkahwin.

Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan empat orang cahaya mata iaitu North, Saint, Chicago dan Psalm West.

Kanye kemudiannya berkahwin dengan Bianca pada awal tahun 2023.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan You

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain