suria

Peminat Taylor Swift serang IG Kim Kardashian, tinggal emoji ular di ruang komen

Kemelut antara Kim dan Taylor masih belum berakhir.

BINTANG realiti Kim Kardashian diserang peminat Taylor Swift di Instagram susulan penyanyi berkenaan mendedahkan insiden pergaduhan mereka pada 2016.

Taylor yang dinobat sebagai Time Magazine's Person of the Year mendedahkan bagaimana perbuatan Kim dan bekas suaminya Kanye West cuba menjatuhkan dia secara psikologi.

"Bayangkan panggilan telefon yang dirakam secara haram dan disuntung oleh Kim kemudiannya memberitahu semua orang saya adalah penipu," katanya.

Taylor mendakwa insiden yang berlaku itu secara psikologinya telah menjatuhkan kerjayanya sebagai seorang artis dan mengubah kehidupannya.

kim1 - 1

Kim dikecam peminat Taylor di ruangan komen Instagram miliknya.

Susulan pengakuan itu, peminat menyerang Instagram Kim dengan meninggalkan emoji ular sebagai tanda kelicikan yang dibuat selebriti berkenaan.

Malah peminat mengeji perbuatan Kim yang disifatkan tidak mempunyai perasaan belas kasihan dan meminta masyarakat memboikot produk keluarannya selain tidak lagi mengikutinya di Instagram.

"Boikot Kim. Cancel Kim. Unfollow Kim.

"Tolong mohon maaf kepada Taylor atas kesalahan yang anda (Kim) lakukan kepadanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Taylor Swift & Kim Kardashian Belum Berdamai

ARTIKEL BERKAITAN: Anak Kim Kardashian buat hal lagi, tunjuk jari tengah kepada paparazi

"Saya hilang hormat kepada awak Kim," tulis netizen.

Pada 2016, Taylor berang apabila namanya disebut dalam lirik lagu nyanyian Kanye berjudul Famous.

Taylor mendakwa penyanyi rap itu tidak meminta keizinan kepadanya terlebih dahulu.

Kim kemudian membalas perkara tersebut dengan memuat naik bukti perbualan telefon antara Kanye dengan Taylor berkaitan keizinan penggunaan nama wanita itu dalam lagu tersebut.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain

Tun Daim meninggal dunia