suria

Peminat tak restu! Penerbit album Justin Bieber kini kekasih Selena Gomez

Selena dan Benny sudah menjalinkan hubungan cinta sejak enam bulan lalu.

PENYANYI Selena Gomez mengesahkan sedang menjalinkan hubungan dengan penerbit album Benny Blanco.

Selena, 31, memuat naik foto berpelukan bersama Benny, 35, menerusi Insta Story miliknya pada Khamis lalu.

Bekas kekasih penyanyi Justin Bieber itu kemudiannya membalas komen salah seorang pengikutnya dengan memberitahu mereka sudah mula menjalinkan hubungan cinta sejak enam bulan lalu.

NP (2)

Instagram Story dan komen bahagia Selena di ruangan akaun peminatnya.

"Dia benar-benar segala-galanya di hati saya," katanya.

Dalam pada itu, tindakan Selena menayang teman lelaki baharunya itu mendapat kecaman segelintir peminat yang berasa ragu dengan pilihan penyanyi itu.

Ramai dilihat menentang Selena memilih Benny sebagai teman lelaki memandangkan penerbit muzik itu juga adalah teman kepada Justin.

ARTIKEL BERKAITAN: Terlalu tua untuk ‘layan’ drama media sosial, Selena Gomez undur diri selepas disindir Hailey Bieber dan Kylie Jenner

ARTIKEL BERKAITAN: Mengadu dapat ancaman bunuh, Selena Gomez minta netizen henti buli Hailey Bieber

Tidak hanya itu, ada pula mengkritik Selena sebagai hipokrit memandangkan baru-baru ini dia memaklumkan mahu berehat daripada menggunakan media sosial.

Pun begitu, tempoh rehat penyanyi berkenaan tidak kekal lama apabila dia kembali aktif di Instagram dan mengumumkan hubungannya dengan Benny.

Malah ada membangkitkan isu keengganan penyanyi itu bersuara mengenai isu melibatkan Palestin.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain