suria

Taylor Swift & Kim Kardashian Belum Berdamai

KIM Kardashian masih belum berdamai dengan Taylor Swift selepas penyanyi itu berang apabila namanya disebut dalam lagu suami bintang realiti itu, Kanye West.

Perkara itu didedahkan Kim ketika muncul dalam program Watch What Happens Live with Andy Cohen baru-baru ini.

Kim berkata demikian selepas seorng peminat mengajukan pertanyaan berhubung adik tirinya yang dikatakan akrab dengan Taylor.

Bagaimanapun, Kim memberitahu adiknya itu bukan salah seorang teman baik Taylor.

"Saya tidak tahu sama ada mereka berkawan baik atau tidak, tapi saya yakin dia bukan rakan baik kepada Taylor," ujarnya.

Setelah itu, pengacara program tersebut Andy Cohen bertanya sama ada Taylor ada menghubunginya selepas peristiwa tersebut, Kim hanya menggelengkan kepala.

Tahun lalu, Taylor berang apabila namanya berada dalam lirik lagu nyanyian Kanya West berjudul Famous.

Taylor mendakwa penyanyi rap itu tidak meminta keizinan kepadanya terlebih dahulu.

Kim kemudian membalas perkara tersebut dengan memuat naik bukti perbualan antara suaminya dengan Taylor berkaitan keizinan penggunaan nama wanita itu dalam lagu tesebut.

Kim Kardashian, Taylor Swift

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain