Kylie Jenner Hamil Anak Travis Scott? - Bintang Global | mStar

Kylie Jenner Hamil Anak Travis Scott?

Dikatakan hubungan mereka semakin intim setelah sama-sama ke Texas untuk menyaksikan pertandingan basket NBA 11 Mei lalu.

SEPERTI dilaporkan Ace Showbiz, Kylie Jenner khabarnya telah hamil! Betul ke? Lebih panas dikatakan lelaki bertanggungjawab di atas kehamilan Kylie ialah penyanyi rap, Travis Scott (II).

Biarpun berita ini masih disiasat kesahihannya, namun ia sudah cukup menggemparkan peminat kedua-duanya apabila berita kehamilan Kylie buat pertama kalinya dihebahkan di laman MediaTakeOut yang juga milik bekas rakan baik Travis Scott (II).

Dikatakan Travis dalam rasa teruja terus-menerus memaklumkan kepada rakan-rakan terdekat yang dia bakal bergelar seorang ayah.

Lebih menguatkan kenyataan, menerusi MediaTakeOut, terdapat dua keping gambar terbaru Kylie intipan paparazi di mana bintang reality show berusia 19 tahun itu nampak menggunakan jaket besar sehingga diramalkan berbadan dua.

Kylie Jenner dan Travis menjalin hubungan asmara setelah Kylie berpisah dengan Tyga. Hubungan tersebut semakin serius di mana Travis dilaporkan telah memperkenalkan Kylie kepada kaum keluarganya di Texas.

Malah sumber terdekat Travis mengatakan, keluarga Travis menghargai rasa cinta Kylie yang luar biasa terhadap lelaki itu dan menyifatkan Kylie Jenner adalah wanita sesuai buat Travis Scott.

Kylie Jenner juga khabarnya meminta Travis Scoot untuk tinggal dengannya di kediaman barunya di Baverly Hills sementara menunggu rumah dia di California dibaikpulih. 

Kylie Jenner

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Lebih Artikel

Kematian kanggaru 'sado' ditangisi