suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Dafne Keen Belum Pasti Muncul Lagi Dalam X-Men

Dafne Keen

SETELAH berjaya membawa watak Laura Kinney dalam filem Logan, pelakon cilik Dafne Keen menjadi salah seorang aktres yang ditunggu-tunggu kemunculannya dalam filem terbaharu.

Bagaimanapun, sehingga kini, masih belum ada sebarang berita tentang perancangan untuk mengambil Dafne membintangi filem-filem X-Men seterusnya.

Seperti dipetik Comic Book, pengarah filem berkenaan, Hutch Parker berkata, pihaknya tidak pasti tentang lanjutan filem adiwira berkenaan akan melibatkan pelakon tersebut.

Namun, dia tidak menolak, Laura merupakan karakter yang hebat dalam komik dan boleh mempunyai sebuah filem sendiri.

"Saya belum pasti tentang sambungan filem X-Men terutamanya melibatkan karakter Laura Kinney, tapi saya tidak nafikan ia sebuah karakter menarik. Kemungkinan juga Laura boleh muncul dalam filem sendiri," ujarnya.

Hutch mengakui agak sukar untuk mencari sebuah jalan cerita yang baik dan sesuai dengan cerita berpengaruh seperti X-Men

X-MEN

Artikel Lain

Pengarah Labu meninggal dunia