suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Miranda Kerr Kini Isteri Pemilik Snapchat

Miranda Kerr dan Evan bertunang pada Julai 2016

MODEL terkenal Miranda Kerr akhirnya menjadi isteri kepada pemilik aplikasi Snapchat iaitu Evan Spiegel.

Hari istimewa itu diadakan di kediaman mereka di Brentwood, California dalam majlis tertutup yang dihadiri seramai 50 tetamu undangan.

Sumber memberitahu Miranda anggun menggayakan gaun pengantin berwarna putih.

"Ini adalah pernikahan sangat istimewa dan dilakukan dalam majlis yang kecil. Dia kelihatan sangat cantik," ujar sumber seperti dipetik E! News.

Pasangan ini bertunang pada Julai 2016 selepas menjalinkan hubungan cinta selama setahun.

Wanita ini dalam satu kenyataan mengakui Evan Spiegel seorang yang baik dan sentiasa menghargai pendapat orang lain," ujarnya.

Miranda sebelum ini pernah berkahwin dengan aktor Orlando Bloom pada 2010 dan bercerai pada Oktober 2013. 

Menerusi perkahwinan itu mereka dikurniakan seorang cahaya mata lelaki.

Miranda Kerr

Artikel Lain

Pengarah Labu meninggal dunia