suria

Anak Kim Kardashian buat hal lagi, tunjuk jari tengah kepada paparazi

Anak Kim menunjukkan jari tengah kepada wartawan.

ANAK kepada selebriti Kim Kardashian iaitu Saint West mengundang kemarahan ibunya apabila menunjukkan jari tengah kepada sekumpulan paparazi.

Memetik laporan Mirror, Saint yang baharu keluar dari sebuah kereta bersama rakan-rakannya dengan pantas menunjukkan jari tanda kesat itu.

Selepas membuat isyarat tersebut, Kim yang dilihat menggayakan seluar jenis kulit berwarna hitam menghentak tangannya dan meminta Saint berhenti melakukan perbuatan itu.

Saint kemudian menoleh ke arah salah seorang rakannya dan tertawa sambil terus menghisap gula-gula lolipop.

kim - 1

Kim berang anak lelakinya berkelakuan kurang sopan.

Kanak-kanak berusia tujuh tahun itu sebelum ini melakukan perkara sama selepas Kim melayani anak lelaki dan rakan-rakannya sewaktu makan malam di sebuah restoran selepas menonton perlawanan bola keranjang di Los Angeles.

Kim terpaksa menanggung malu dan memarahi Saint kerana menunjukkan jari tengahnya ke arah kamera.

Menerusi video tular itu juga, Saint memberitahu kepada Kim dia tahu dirinya seorang yang kurang ajar namun mengakui menyayangi ibunya itu.

ARTIKEL BERKAITAN: Kanye West tayang punggung, Kim Kardashian bimbang anak-anak dapat malu

ARTIKEL BERKAITAN: Ramai puji Kim Kardashian awet muda, tak percaya dah nak masuk 43 tahun... Tapi netizen kata hidung dan bibir nampak berbeza

"Saya tahu saya banyak kurang ajar dengan awak (Kim), tapi awak sangat bermakna dalam hidup saya.

"Saya sayang awak lebih daripada segala-galanya... Jangan pernah melupakan perkara itu," katanya.

Untuk rekod, Kim mendirikan rumah tangga dengan penyanyi rap Kanye West pada 24 Mei 2014 namun berpisah selepas enam tahun berkahwin.

Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan empat orang cahaya mata iaitu North, Saint, Chicago dan Psalm West.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain