suria

Bunga Citra Lestari sambut ulang tahun perkahwinan di pusara Ashraf Sinclair - “Kisahmu adalah warisan terbesar”

Bunga Citra Lestari menziarahi pusara Ashraf.

PENYANYI Bunga Citra Lestari (BCL) menyambut ulang tahun perkahwinan ke-12 tanpa suaminya Allahyarham Ashraf Sinclair.

Penyanyi lagu Cinta Sejati ini tetap meraikan hari istimewa itu dengan menziarahi pusara Allahyarham yang terletak di San Diego Hill, Karawang, Jawa Barat, Indonesia pada Isnin.

ARTIKEL BERKAITAN: Ashraf Sinclair meninggal dunia akibat serangan jantung

BCL turut berkongsi kenangan itu di Instagram miliknya dengan kapsyen ’Happy Anniversary’.

Pelakon filem Habibie & Ainun itu juga kelihatan memakai baju dan tudung berwarna merah jambu.



Foto kenangan BCL, Ashraf dan anak mereka Noah tahun lalu.

Pada posting terdahulu, BCL memuat naik video kenangannya indahnya bersama arwah yang mengundang rasa sebak netizen.

“Kisahmu adalah warisan terbesar” ujar BCL pada kapsyen.

Sebelum ini, BCL melancarkan sebuah lagu berjudul 12 Tahun Terindah yang menceritakan perjalanan cintanya bersama Allahyarham Ashraf.

Ashraf meninggal dunia pada 18 Februari lalu akibat serangan jantung.

Pasangan ini bernikah pada 8 November 2008 dan dikurniakan anak lelaki Noah Sinclair, 10.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain