suria

Tiga tahun selepas berkahwin, Ma Dong Seok akhirnya bakal adakan majlis resepsi 

Sudah tiga tahun Dong Seok dan Jung Hwa bergelar suami isteri.

TIGA tahun selepas mendirikan rumah tangga, pelakon Korea Selatan Ma Dong Seok akan mengadakan majlis resepsi perkahwinannya dengan personaliti televisyen iaitu Ye Jung Hwa pada Mei depan.

Majlis resepsi yang bakal diadakan secara tertutup itu bakal diadakan di sebuah hotel mewah di Seoul pada 25 Mei 2024.

Dong Seok, 53, yang juga dikenali dengan nama Don Lee mula menjalinkan hubungan istimewa dengan Jung Hwa, 35, pada 2016.

NP-16

Dong Seok dan Jung Hwa bakal adakan majlis resepsi pada Mei ini.

Mereka kemudiannya mendaftarkan perkahwinan mereka pada 2021 ketika dunia dilanda pandemik Covid-19 dan tidak mengadakan sebarang majlis resepsi.

Perkahwinan pasangan itu hanya didedahkan kepada umum setahun kemudian apabila aktor itu merujuk Jung Hwa sebagai isteri dalam ucapan ketika menerima trofi kemenangan Artis Terbaik di Anugerah SACF pada Oktober 2022.

ARTIKEL BERKAITAN: Ma Dong Seok dan Ye Jung Hwa rancang kahwin tahun hadapan

ARTIKEL BERKAITAN: Ma Dong Seok tak sangka Angelina Jolie mengaku peminatnya

"Saya mendedikasikan kemenangan ini kepada semua penyokong, isteri saya Ye Jung Hwa serta kaum keluarga," katanya dalam ucapan tersebut.

Sementara itu, syarikat pengurusan aktor tersebut kemudiannya turut mengesahkan perkara itu namun jadual padat membuatkan pasangan tersebut menangguhkan perancangan mengadakan majlis resepsi.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain