suria

“Di mana nasi lemak saya” - Ramai mula tak keruan, Nicholas Saputra dah sampai Malaysia

Nicholas beri bayangan sudah tiba di Malaysia.

HANYA dengan satu ciapan di laman Twitter sudah boleh membuatkan ramai peminat pelakon Nicholas Saputra menjadi 'gila'.

Lebih kecoh lagi apabila gambar yang dimuat naik oleh Nicholas, 41, itu juga memberi tanda dia kini sedang berada di Malaysia.

"Di mana nasi lemak saya," tulisnya dalam satu hantaran di laman X berserta gambar pinggan kosong di atas meja.

nico 3

Hantaran Nicholas yang mencuri tumpuan ramai.

Menerima lebih 200 komen balas, tidak kurang juga ada dalam kalangan peminat yang mahu menyediakan nasi lemak yang menjadi menu sinonim buat masyarakat Malaysia.

Hantaran yang dikongsi oleh hero filem Ada Apa Dengan Cinta ini juga menjadi bualan ramai kerana dia jarang berkongsi aktiviti harian di sosial media.

"Saya boleh masakkkan nasi lemak, jemput datang Maluri.

ARTIKEL BERKAITAN: Tiada pesona seorang penyanyi, Mariam gagal ke final OIAM

ARTIKEL BERKAITAN: Yusry menyesal beri imuniti, Rezza Shah dan Alya Mardien tersingkir minggu keempat OIAM

"Sebentar ya sayang, saya siapkan.

"Siap kekanda, nasi lemak cinta membara dari ku," komen pengikut di laman X.

Difahamkan pelakon ini bakal tampil sebagai juri jemputan program One In A Million (OIAM) peringkat akhir yang berlangsung pada malam Ahad.

nico 2

Nicholas tampil sebagai juri pentas akhir OIAM.

Selain Nicholas, pentas akhir OIAM turut menampilkan Faizal Tahir sebagai juri jemputan.

Manakala penyanyi Datuk Seri Siti Nurhaliza dan Ella dijangkan akan menghiburkan penonton dalam persembahan salingan.

OIAM yang bersiaran selama lapan minggu turut dijurikan oleh Datuk Yusry Abdul Halim, Ziana Zain dan Cakra Khan.

Empat peserta yang bertanding di peringkat akhir adalah Kai Deva, Jimi, Zazzleen dan Mary Grace.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain