suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Josiah Hogan tak sekadar tunggu tawaran, cari peluang hadir uji bakat iklan di media sosial

Josiah tak pernah berhenti mencari peluang lakonan.

PELAKON Josiah Hogan tidak pernah berhenti mencari peluang lakonan termasuk menghadiri sesi uji bakat yang diiklankan menerusi media sosial.

Josiah, 40, berkata dia tidak menganggap menghadiri uji bakat sebagai petanda dirinya sudah tiada tawaran, sebaliknya merasakan ia sebagai salah satu cara untuk membuka lebih banyak peluang.

"Bila saya ada masa lapang, saya akan cari peluang uji bakat. Kita kena sentiasa mencari dan membuka peluang untuk diri sendiri.

Josiah sempat berfoto bersama Mark Wahlberg (kiri) semasa uji bakat Netflix.

"Baru-baru ini ada produksi Netflix datang ke Pulau Pinang. Saya nampak iklan di Facebook dan pergi uji bakat untuk projek itu, tetapi tidak berjaya mendapatkan watak tersebut.

"Tapi saya akan terus mencari kerana kita tidak tahu kalau Netflix ada iklankan uji bakat di media sosial. Jadi, saya sentiasa mencari peluang," katanya.

Menurut Josiah, dia menyedari dirinya tidak mempunyai pengaruh besar sehingga membolehkan pihak produksi terus menghubunginya untuk menawarkan sesuatu watak tanpa perlu melalui proses uji bakat.

"Saya tidak ada pengaruh sampai orang terus telefon dan cakap, ‘Josiah, datanglah berlakon.’

ARTIKEL BERKAITAN: Josiah Hogan idam watak LGBT, mahu cabar diri... “Kalau dipersembahkan dengan cara yang difahami penonton, mereka takkan kecam“

ARTIKEL BERKAITAN: Josiah Hogan lepas status warganegara AS, dalam proses dapatkan IC biru... Mahu anak-anak membesar dalam persekitaran Islam

"Kalau ada pun, saya rasa saya masih akan mencari peluang juga. Tapi Alhamdulillah, saya masih boleh bayar bil dan bawa isteri berjalan-jalan, saya okey," ujarnya.

Dalam pada itu, Josiah menganggap setiap sesi uji bakat sebagai satu peluang untuk mengetahui mengenai projek yang sedang dibangunkan oleh pihak produksi.

"Mana tahu projek itu untuk Hollywood atau mungkin saya berpeluang berlakon dengan Johnny Depp.

"Kita tidak tahu kerana mereka juga biasanya merahsiakan projek tersebut. Mungkin mereka cuma mahu uji sama ada saya akan datang atau tidak. Jadi, saya pergi saja.

Josiah tak pernah berhenti mencari peluang lakonan.

"Bagi saya, pergi uji bakat adalah peluang untuk saya tahu cerita itu mengenai apa," kongsinya.

Josiah bagaimanapun mengakui mempunyai batas tertentu dalam memilih tawaran lakonan, terutama membabitkan kandungan atau babak yang tidak selari dengan prinsip dirinya.

"Kalau mereka terangkan ada babak tak sepatutnya dan saya perlu lakukan secara terang-terangan memang saya tidak ambil.

"Saya rasa kita kena tahu batas diri masing-masing dan jenis cerita yang kita mahu terlibat," katanya lagi.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain