suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Josiah Hogan idam watak LGBT, mahu cabar diri... “Kalau dipersembahkan dengan cara yang difahami penonton, mereka takkan kecam“

Josiah sedia bawa watak LGBT.

PELAKON Josiah Hogan terbuka untuk membawa watak berkaitan LGBT sekiranya diberikan peluang kerana menganggap karakter tersebut mampu mencabar kredibilitinya sebagai seorang pelakon.

Menurut Josiah, 39, dia tidak menyokong atau menentang naskhah yang mengetengahkan hubungan sejenis, sebaliknya melihat perkara itu sebahagian daripada tanggungjawab penggiat seni dalam menyampaikan mesej kepada penonton.

“Tapi kena tahulah apa batas-batasnya kerana sebagai pelakon, cabarannya adalah watak macam mana yang boleh kita bawakan.

Josiah sedia cabar kredibiliti sebagai seorang pelakon.

“Bagi saya, kalau naskhah itu dipersembahkan dengan cara yang boleh difahami penonton, mereka takkan kecam,” katanya ketika ditemui pada pelancaran trailer, poster dan runut bunyi filem Orang Perang di Petaling Jaya, Selangor pada Jumaat.

Katanya, Malaysia merupakan sebuah negara yang konservatif maka penghasilan sesebuah karya perlu mengambil kira sensitiviti agama, budaya dan nilai masyarakat tempatan.

“Dalam apa-apa perkara pun, agama perlu diutamakan. Kita juga perlu menghormati Rukun Negara. Jika mahu menyampaikan sesuatu mesej, kita perlu mengambil kira peraturan yang ada.

ARTIKEL BERKAITAN: Josiah Hogan lepas status warganegara AS, dalam proses dapatkan IC biru... Mahu anak-anak membesar dalam persekitaran Islam

ARTIKEL BERKAITAN: Josiah Hogan puji hasil kerja pengarah Misteri Fraser 1910, terima tawaran sebab Shuhaimi Zulkefli

“Kebebasan berkarya tidak seharusnya dijadikan alasan untuk menghasilkan kandungan tanpa mengambil kira kesesuaian dengan budaya dan nilai masyarakat tempatan.

“Jadi, kalau kita nak sampaikan sesuatu mesej, kita kena tengok apa peraturan yang kita ada,” kongsinya.

Tambah Josiah lagi, risiko berdepan kecaman juga dapat dielakkan sekiranya sesuatu mesej disampaikan secara kreatif dan mudah difahami penonton.

“Kalau mesej positif itu dipersembahkan dengan cara menggunakan perlambangan, penonton boleh faham, tak mungkin kena kecam,” jelasnya.

Bila dibantai, barulah semua nak gelabah.

JOSIAH HOGAN

PELAKON

Dia yang sudah lebih 16 tahun berada dalam industri seni tersebut turut berpendapat seorang pelakon perlu bijak berunding dengan pengarah sekiranya terdapat babak yang dirasakan kurang sesuai.

“Kadang-kadang kami tak tahu watak dan babak yang akan dibawa, tapi disebabkan sudah tandatangan kontrak dan bayaran diterima, kita kena akur dengan kehendak produksi.

“Tapi itu tak bermakna kita tak boleh berunding dengan pengarah. Tak dinafikan cerita itu ada mesej yang nak disampaikan, tetapi tetap kena jaga batas.

Josiah anggap pelakon perlu bijak dalam berbincang.

“Saya tak berniat nak petik nama sesiapa, tapi kadang-kadang saya perhatikan apabila ada babak yang tidak sepatutnya, ramai saja yang gembira di set tetapi bila dibantai, barulah semua nak gelabah,” kongsinya.

Sementara itu, mengulas mengenai kecenderungan sesetengah produksi mengejar perhatian menerusi babak kontroversi, Josiah berpandangan industri tidak seharusnya terlalu mengejar elemen tular sehingga mengabaikan kekuatan sesebuah cerita.

“Kita sekarang terlalu kejar benda viral. Nak sampaikan mesej bukan bermaksud perlu buat sesuatu secara berani atau keterlaluan.

“Alhamdulillah, penonton kita masih ada perkara yang mereka tak boleh terima. Kalau mereka boleh terima semua benda seperti itu, itu satu masalah,” jelasnya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain