HANYA empat tahun bertahan, penyanyi dan penyacara Mimie Haris mengumumkan dia kini sudah sah bercerai dengan suaminya, Khairril Anuar Md Dahilin. Berita tersebut dimaklumkan Mimie atau nama sebenarnya Norshamimi Ahmad Haris, 36, dalam satu hantarannya di Threads. Kata Mimie, dia dan bekas suami memilih untuk membuat haluan masing-masing secara matang dan profesional selain memberi fokus terhadap tanggungjawab sebagai ibu bapa.Mimie enggan mendedahkan tarikh sebenar perceraiannya. “Untuk mengelakkan fitnah dan salah faham pada masa akan datang, saya sudah tidak mempunyai apa-apa hubungan lagi dengan bapa kepada anak saya. Tiada apa lagi yang perlu diperkatakan.“Kami berdua sedang meneruskan kehidupan masing-masing dan cuba menjadi ibu bapa yang terbaik buat anak kami,” katanya.ARTIKEL BERKAITAN: Mimie Haris kini isteri ahli perniagaan, dedah sebab terbuka hati berkahwin lagi ARTIKEL BERKAIATN: Tiga bulan berkenalan, Mimie Haris kini tunang juruterbang “Saya letak syarat sebelum terima”Dalam masa sama, Mimie memaklumkan dia juga telah tamat menjalani tempoh idah. “Saya juga sudah tamat tempoh idah. Perkara ini bukanlah sesuatu yang baharu,” ujarnya.Hasil perkahwinan, Mimie dan bekas suami dikurniakan dua cahaya mata. Untuk rekod, Mimie mendirikan rumah tangga bersama Khairril pada 16 Oktober 2022 dan hasil perkahwinan mereka dikurniakan dua cahaya mata lelaki.Sebelum itu Mimie pernah mendirikan rumah tangga pada tahun 2015 dan 2020, namun jodohnya tidak panjang.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTubeTONTON VIDEO PILIHAN!