suria
mStar - Urban.Versatil

Beria pos hadiah kahwin dari jauh, tahu-tahu adik beri pada ipar... Kakak terasa hati, kecewa pemberian beg songket tiada makna

Pemberian daripada seseorang sewajarnya disimpan sebagai kenangan, bukannya diberikan kepada orang lain. -Gambar hiasan AI

PEMBERIAN hadiah bukan sekadar nilai material, tetapi lebih kepada tanda ingatan dan penghargaan terhadap seseorang yang mempunyai hubungan istimewa seperti keluarga dan sahabat. 

Namun ada segelintir individu seolah-olah tidak pandai menghargai pemberian orang, sehingga membuatkan si penerima tersinggung serta kecewa.

Itulah situasi dialami seorang wanita ini, apabila hadiah perkahwinan yang diberikan kepada adik tidak dihargai seperti diharapkan. 

ARTIKEL BERKAITAN: “Aku haramkan bagi benda murah!” - Wanita tak mahu hadiah kahwin kategori ‘awam’, pandang rendah periuk nasi atau ‘blender’

ARTIKEL BERKAITAN: Tak teruja terima hadiah set cawan, pinggan mangkuk! Wanita minta bagi benda lain, harga bawah RM10 pun OK

Menurut wanita itu, dia menghadiahkan sebuah beg buatan tangan (handmade) songket bernilai ratusan ringgit sebagai tanda meraikan hari bahagia adiknya.

Hadiah itu diberikan kerana tidak dapat hadir ke majlis perkahwinan adiknya kerana mengalami masalah kesihatan dan terpaksa dikuarantin.

Pemberian hadiah kepada pengantin bertujuan menyampaikan ucapan tahniah dan berkongsi kegembiraan mereka di hari bahagia. -Gambar hiasan AI

"Aku hadiahkan dan poskan beg tanda aku raikan hari dia. Aku duduk jauh, aku kena kuarantin dan makan ubat hospital berbulan.

"Walaupun aku tak ada dalam gambar kahwin dia, bila-bila masa dia boleh tengok hadiah beg ni, tandanya kakak ada raikan dia dari jauh," tulisnya dalam hantaran di Threads.

Namun ujar wanita itu, dia terkejut apabila mendapat tahu adiknya memberikan beg tersebut kepada iparnya, bukannya menyimpannya sendiri.

"Mungkin dia kurang common sense sebab jarang pula dapat hadiah dari aku, aduhai," tulisnya.

Mengakui amat terkesan dengan perkara itu, wanita berkenaan berkata perkongsian yang dibuat bertujuan untuk mengetahui pandangan warga maya.

  • Seorang wanita kecewa apabila hadiah perkahwinan yang diberikan kepada adiknya tidak dihargai.

  • Dia hadiahkan beg handmade songket bernilai ratusan ringgit kepada adiknya.

  • Dia terkejut apabila adiknya menyerahkan beg tersebut kepada ipar, bukannya menyimpannya sendiri.

  • Situasi itu membuatkannya terkesan dengan tindakan adik sendiri.

  • Rata-rata warga maya nasihatkan supaya wanita itu tidak terlalu beria memberi hadiah pada masa depan.

"Aku ingat perasaan sedih aku tu tak relevan atau aku je yang terlebih hati tisu

"Jadi aku cuba post dalam ni nak tengok reaksi korang pula macam mana," tulisnya.

Ternyata rata-rata warga maya meluahkan rasa simpati terhadap wanita itu, namun tidak kurang ada juga yang menyarankan supaya dia tidak lagi beria memberi hadiah kepada si adik.

"Sebagai kakak, saya akan terasa dan itulah hadiah terakhir yang akan saya bagi.

"Macam kawan aku, dia dapat hadiah stroller daripada adik ipar. Tapi dia tak suka stroller tu sebab besar, dia pergi jual. Macam gam***g perangai. Tak pasal-pasal bermasam muka," demikian antara komen netizen. 

Artikel Lain