JIKA ditelusuri, media sosial kini meriah dengan perkongsian pengalaman warga maya menunaikan solat tarawih di masjid. Ada yang berkongsi detik lucu, tidak kurang juga pengalaman kurang menyenangkan apabila berdepan pelbagai ragam jemaah di masjid dan surau. Di laman Threads, seorang wanita tampil berkongsi pengalaman ketika menunaikan solat tarawih di sebuah masjid apabila kehadiran seorang kanak-kanak kecil didakwa mengganggu kekhusyukannya menunaikan solat. ARTIKEL BERKAITAN: Pemuda kecewa, mengeluh tak dapat tarawih berjemaah di masjid gara-gara tiada parkir - “Belum rezeki jadi tetamu Allah”ARTIKEL BERKAITAN: Anak akhirnya dapat tarawih bersama bapa tiri... Dulu disimbah gulai sebab ajak ayah kandung ke masjid"Tadi aku pergi tarawih. Makcik sebelah aku bawa anak usia dua hingga tiga tahun. Merengek-rengek sambil tarik telekung ibunya yang tengah solat. "Sudah tentulah tak dilayan jadi budak tu mula berlari-lari keliling kemudian tersadung, kepalanya terhentak lutut aku yang tengah berdiri, solat dekat sebelah."Nasib akak kuat dik, kalau tidak dah lama akak jatuh tersembam atas kau," tulisnya menggambarkan situasi tersebut.Peranan ibu bapa yang membawa anak kecil ke masjid amat penting untuk memastikan jemaah lain dapat beribadah dengan khusyuk. -Gambar hiasan AITambahnya lagi, mungkin kerana kesakitan, kanak-kanak itu kemudiannya menangis sambil memanggil ibunya. Namun, menurut wanita itu, si ibu tetap meneruskan solat dan tidak memberi respons."Dia menangis, ibu... ibu... dan sekali lagi, sudah tentulah tak dilayan. Lepas tu dia tarik telekung aku, pergi lap hingus dia," tulisnya lagi. Perkongsian wanita berkenaan mengundang pelbagai reaksi warga maya. Seorang wanita berkongsi pengalaman terganggu ketika solat tarawih akibat kanak-kanak kecil.Budak yang dibawa seorang jemaah itu merengek dan berlari-lari dalam saf.Dia tersadung dan terhentak pada lutut wanita tersebut.Kanak-kanak itu menangis tetapi tidak dilayan, malah mengelap hingus pada telekungnya.Ramai berpendapat ibu bapa perlu lebih peka mengawal anak di rumah ibadat.Ringkasan ini dijana oleh AIRamai memahami situasi dialami wanita tersebut kerana pernah berdepan pengalaman sama.Dalam pada itu, ramai berpendapat ibu bapa perlu lebih peka serta bertanggungjawab mengawal tingkah laku anak kecil ketika berada di rumah ibadat."Anak bawah enam tahun tak payahlah tarawih dekat masjid, buat dekat rumah je. Nanti budak tu dah besar, tarawih lah puas-puas. "Sebab inilah aku tak pergi tarawih walaupun perasaan meronta-ronta nak pergi sebab rumah sebelah masjid. Aku tahu anak aku macam mana."Mak bapa tunjuk terpaling alim dekat anak-anak kecil mereka, padahal bila bawak tu menyusahkan jemaah lain," komen segelintir netizen.Kanak-kanak yang sudah mumayyiz dan boleh menjaga adab diharuskan dan sangat digalakkan untuk dibawa ke masjid. -Gambar hiasanBagaimanapun, ada yang berpandangan bahawa kanak-kanak kecil sememangnya sukar dikawal, apatah lagi dalam suasana panjang seperti solat tarawih dan menyarankan agar masyarakat lebih bertolak ansur.Hukum bawa kanak-kanak ke masjidMemetik laman Mufti Selangor, hukum membawa kanak-kanak ke masjid dapat dilihat melalui dua keadaan iaitu:1) Jika seseorang kanak-kanak itu sudah mumayyiz dan boleh beradab, maka diharuskan dan sangat digalakkan untuk dibawa ke masjid.2) Jika seseorang kanak-kanak itu belum mumayyiz dan sukar untuk dikawal tingkah lakunya sebaiknya tidak dibawa ke masjid kecuali jika terdapat keperluan mendesak tertentu maka diharuskan untuk dibawa ke masjid dengan syarat ibu bapa perlu memperhatikan tingkah laku anak-anak mereka.