Menjaga adab termasuk menghormati orang lain ketika berkongsi ruang serta rezeki adalah sebahagian daripada akhlak mulia. -Gambar hiasan AI
KETIKA ini semakin banyak masjid menganjurkan majlis berbuka puasa secara terbuka buat kariah dan orang ramai. Suasana sederhana namun penuh keberkatan itu menjadi medan untuk mengeratkan ukhuwah, selain mengajar erti kesyukuran dan saling berkongsi rezeki. Namun begitu, wujud segelintir individu yang bersikap mementingkan diri sehingga mengundang rasa kurang senang pihak lain. ARTIKEL BERKAITAN: Isteri tiada peluang rasa kemanisan Ramadan, sibuk jadi bibik dalam rumah sendiri... Suami pula bebas pergi tarawih, lepak sambil morehARTIKEL BERKAITAN: Wanita ‘judge’ pengunjung masjid, hanya ramai waktu berbuka tapi tak tunggu solat jemaah - “Ni tempat makan free ke?”Di laman Threads, seorang wanita berkongsi pengalamannya ketika menghadiri majlis iftar di sebuah masjid, yang menurutnya meninggalkan rasa terkilan di hati."Semalam saya pergi iftar dekat masjid. Saya sebenarnya seorang yang beralah."Kalau dapat ayam bahagian isi saya makan je. Tapi sampai masjid semalam dapat bahagian paha, jadi happy lah kejap," kongsinya.Banyak masjid menganjurkan majlis iftar sempena Ramadan. -Gambar hiasan AINamun ujarnya, kegembiraan itu tidak berpanjangan apabila sebaik sahaja dia kembali ke tempat duduk selepas mengambil wuduk, hidangannya didapati telah bertukar."Saya tinggalkan kejap nak pergi ambik wuduk, bila datang balik tengok makanan saya kena tukar... dapat ayam bahagian isi. "Saya syak lah orang sebelah ambil. Saya okay je, tapi sedih sebab dia tukar tak bagitahu pun."Saya duduk tunggu azan sambil berharap dia beritahu. Kita bukan nak ambil balik pun, cuma rasa ralat bila kena macam tu. Pujuk hati sebab dapat makanan orang sedekah," kongsinya lagi.Seorang wanita terkilan selepas makanannya dipercayai ditukar ketika berbuka puasa di masjid.Dia bukan seorang yang memilih, namun tetap sedih kerana pertukaran dibuat tanpa izin.Dia sedar selepas kembali dari mengambil wuduk dan mendapati ayam paha bertukar kepada bahagian isi.Rata-rata netizen menyifatkan tindakan menukar makanan tanpa kebenaran sebagai tidak beradab dan mencerminkan akhlak seseorang.Ringkasan ini dijana oleh AIPerkongsian wanita tersebut mengundang reaksi bercampur daripada netizen.Rata-rata menyifatkan tindakan seperti menukar makanan milik individu lain sebagai tidak beradab, lebih-lebih lagi dalam bulan Ramadan yang penuh keberkatan.Ada juga yang berpendapat, perkara sebegitu mungkin dianggap kecil bagi sesetengah orang, namun tetap tidak wajar kerana ia dilihat sebagai cerminan akhlak seseorang.