SETIAP daripada kita yang bergelar anak mempunyai cara tersendiri untuk membahagiakan serta membalas jasa ibu bapaBegitulah kisah menyentuh perasaan yang dikongsikan seorang gadis apabila dia memilih cara sederhana tetapi penuh makna untuk menggembirakan bapanya. Menurut perkongsian itu, dia menyelitkan wang sebanyak RM80 di tepi paha bapanya ketika lelaki berkenaan sedang khusyuk berdoa selepas menunaikan solat."Dia tak nampak duit tu sebab tengah pejam mata. Lepas tu masa nak lipat sejadah baru dia perasan dan terus pandang saya dekat belakang.Ramai lepasan SPM mencari kerja sambilan sementara menunggu keputusan peperiksaan. -Gambar hiasan AI"Ayah sengih lepas tu tanya... kakak bagi ayah ke? Lepas tu saya sengih balik sebab malu mampu bagi RM80 je hasil kerja sambilan sambil tunggu keputusan SPM (Sijil Pelajaran Malaysia)."Saya janji nak bagi ayah banyak (duit) bulan depan. Ayah hulur balik duit tu, dia cakap... simpan la duit ni ayah tak nak duit kakak," ujar gadis itu dalam hantaran di Threads.Namun gadis berkenaan enggan mengambil kembali wang berkenaan kerana sudah lama menyimpan niat untuk menghadiahkan sebahagian gajinya kepada bapa.Apa yang lebih menyentuh hati, bapanya tersenyum lebar dan mengucapkan terima kasih dalam nada ceria.ARTIKEL BERKAITAN: Gaji mak ayah berpuluh ribu, anak bergaji kecil anggap dah tak perlu hulur duit- “Belanja aku pun cukup-cukup je”ARTIKEL BERKAITAN: Tak perlu tunggu mak ayah minta, wanita kagum anak gaji RM1,500 tetap hulur RM50 sebulan… Cari keberkatan dalam rezeki"Saya cakap ambil la duit tu memang untuk ayah. Nanti kakak bagi lagi. Lepas tu dia senyum cakap... thank you kakak. Ceria sangat nada suara dia," katanya.Cerita gadis berkenaan lagi, kegembiraan si bapa tidak terhenti di situ apabila dia kemudiannya segera ke kedai membawa adiknya."Lepas siap lipat sejadah dia start motosikal dan ajak adik saya keluar. Rupanya bawa pergi kedai serbaneka guna duit saya bagi tu."Adik saya pun gembira sampai tayang semua makanan mereka beli. Ayah baik, kakak sayang ayah sangat. Tak tahu apa jadi kalau ayah tak ada," ceritanya lagi.Gadis beri RM80 hasil kerja sambilan kepada ayah selepas solat.Ayah cuba pulangkan duit, namun akhirnya guna untuk bawa anak-anak beli makanan.Senyuman dan ucapan terima kasih ayah buat si anak lupa segala beban.Adik-adik teruja tayang makanan dibeli guna duit kakak.Netizen doakan rezeki dan kejayaan SPM buat remaja berkenaan.Ringkasan ini dijana oleh AIPerkongsian itu dihujani komen positif netizen yang tersentuh dengan hubungan erat dua beranak tersebut."Anak yang baik. Bapa yang bersyukur. Moga SPM awak cemerlang dan berjaya dapat tempat di universiti hebat."Ya Allah, dalam bulan Ramadan penuh berkat ni, murahkan dan limpahkan rezeki adik ni. Semoga rezeki yang dia dapat boleh mewahkan keluarga dia kembali."Awak post macam ni buat saya rindukan arwah ayah. Ayah saya pun macam ayah awak. Ayah gembira kalau anak-anak bagi apa je," demikian komen beberapa netizen.