suria
mStar - Urban.Versatil

“Macam mati hidup semula” - Normah Damanhuri syukur Ramadan satukan kembali dua anaknya

Normah terlalu gembira apabila anak-anaknya kembali bersama.

PELAKON Normah Damanhuri meluahkan rasa syukur apabila hubungan dua anak perempuannya kini kembali pulih. 

Normah, 72, dalam masa sama melihat keakraban antara Kak KM dan Kan Nona sebagai satu anugerah indah sempena bulan Ramadan. 

“Rasa macam mati hidup semula,” komennya ringkas pada hantaran di sosial media mStar. 

Hubungan adik beradik ini dilihat sudah kembali jernih. 

Bahkan pelakon ini tidak dapat menahan sebak melihat Kak KM dan Nona berpelukan dan saling memohon maaf. 

Dia tidak lupa mengucapkan penghargaan buat orang ramai yang sentiasa mendoakan kebaikan untuk anak-anaknya. 

“Terima kasih Ya Allah, akhirnya anak-anakku berpelukan seperti biasa. 

ARTIKEL BERKAITAN: Tak puas hati Kak KM canang isu rumah tangga, Kak Nona dedah sudah fail cerai… “Saya diam sebab nak jaga maruah suami”

ARTIKEL BERKAITAN: Syukur hubungan kembali pulih, Kak KM peluk erat Kak Nona... Gugur air mata Normah Damanhuri 

“Kepada semua rakyat Malaysia yang mendoakan anak-anak saya bersatu kembali, di bulan yang mulia ini saya ingin ucapkan terima kasih. 

“Semoga yang baik-baik akan kembali kepada anda semua,” luahnya. 

Sebelum ini hubungan kedua-dua anak Normah menjadi bualan apabila Kak KM sendiri mengakui sudah lama tidak bertemu Nona. 

Kak KM dan Kak Nona sebelum ini dikatakan mempunyai masalah. 

Namun persengketaan antara mereka terlerai apabila Nona kembali merapatkan ukhwah berjumpa adik-beradik yang lain. 

Menerusi satu video yang dimuat naik, Nona kelihatan hadir ke rumah Kak KM dan kemudian mereka berpelukan memohon maaf. 

Momen itu juga menjadi detik bermakna buat Normah yang turut memeluk kedua-dua anaknya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

 

 

Artikel Lain