suria
mStar - Urban.Versatil

Syukur hubungan kembali pulih, Kak KM peluk erat Kak Nona... Gugur air mata Normah Damanhuri 

Kak KM dan Kak Nona kembali berdamai.

SEMPENA keberkatan Ramadan, hubungan kekeluargaan di antara usahawan sensasi Kak KM dan kakaknya, Kak Nona, akhirnya kembali jernih.

Perkembangan itu dikongsikan oleh adik mereka, Uji, menerusi satu hantaran video yang memaparkan kehadiran Nona ke rumah adik-beradik lain.

Menerusi kapsyen dimuat naik, Uji meluahkan rasa syukur apabila kakak keduanya itu kembali bersama keluarga.

Hubungan adik beradik ini dilihat sudah kembali jernih. 

"Mak Ngah sudah kembali. Alhamdulillah. Terima kasih Allah," katanya pada Ahad.

Dalam video berkenaan, Nona yang manis mengenakan busana serba hijau dilihat memeluk erat adik-beradiknya sejurus tiba.

Lebih menyentuh hati, Nona turut berkunjung ke kediaman Kak KM bagi bertemu secara bersemuka selepas sekian lama tidak bersama.

ARTIKEL BERKAITAN: Tak puas hati Kak KM canang isu rumah tangga, Kak Nona dedah sudah fail cerai… “Saya diam sebab nak jaga maruah suami”

ARTIKEL BERKAITAN: Kak KM sedia berdamai, tahu Kak Nona berdepan masalah rumah tangga... “Ramai salah faham, saya sekadar teringat bukan rindu”

Malah, ibu mereka yang juga pelakon Normah Damanhuri turut kelihatan sebak menyaksikan momen penuh emosi itu. 

Sebelum ini, Kak KM dilaporkan bersedia untuk berdamai dengan kakaknya memandangkan Nona dikatakan sedang melalui fasa sukar dalam rumah tangga.

Nona yang juga terbuka untuk bersemuka bagaimanapun menetapkan syarat agar adik-beradiknya hadir ke rumahnya terlebih dahulu bagi memohon maaf.

Kak KM dan Kak Nona sebelum ini dikatakan mempunyai masalah. 

Terdahulu, hubungan dua beradik itu menjadi perhatian ramai apabila netizen mendakwa wujud perselisihan faham dipercayai berkaitan urusan perniagaan.

Keakraban yang pernah terjalin sebelum ini semakin renggang apabila mereka tidak lagi dilihat sering bersama seperti kebiasaan.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain