suria

Lan Pet Pet teruk dikecam kerana didakwa lontar lawak lucah terhadap Fazura… “Bagi dia ketat sikit”

Lan didakwa melakukan lawak 'double meaning' terhadap Fazura.

TINDAKAN ahli kumpulan Senario iaitu Lan Pet Pet yang didakwa melontarkan lawak berunsur lucah terhadap pelakon Nur Fazura mencetuskan kecaman netizen di media sosial.

Menerusi potongan klip siaran langsung di TikTok, Lan atau Mazlan Ahmad, 57, dilihat menghadiri sesi perjumpaan bersama peminat bagi sebuah jenama pakaian.

Dalam sesi itu, seorang peminat bertanya mengenai perancangan perkahwinan Fazura, namun aktres itu menjelaskan buat masa ini dia tiada masa untuk memikirkan soal jodoh.

Antara komen netizen yang kurang senang dengan tindakan Lan.

Bagaimanapun, soalan tersebut turut menarik perhatian Lan yang kemudian memberi jawapan berunsur ‘double meaning’.

"Hampa tunggu sat… bagi dia ‘kering’ dahulu. Baru dua tahun (bercerai), bagi masuk tiga tahun bagi dia ketat sikit," katanya.

Klip itu telah menimbulkan reaksi negatif ramai dan menyifatkan bahasa yang digunakan Lan sebagai tidak sesuai dan kurang sensitif.

ARTIKEL BERKAITAN: Lincah di atas pentas bersama Senario, rupanya Lan Pet Pet ditahan di zon merah sebelum persembahan... Doktor syak 4 saluran jantung tersumbat 

ARTIKEL BERKAITAN: Lan Pet Pet menangis pertama kali buat reviu tanpa Man Kulim, anggap arwah macam adik sendiri

"Kurang hajar betul gurau macam tu. Ingat orang selesa ke?

"Tak suka betul melawak sampai dalam kain orang. Tiada rasa hormat. Tak kena gurauan macam itu sebab cakap dalam live kot.

"Boleh je cakap macam ni, biar Fazura nak bahagia dengan Fatima dulu. Ni sibuk keringlah ketatlah. Kenapa?," tulis netizen.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain