suria

Roslan Shah tak sangka makin popular, pengikut TikTok naik mendadak

Roslan Shah syukur semakin terkenal.

PENGACARA dari Singapura, Roslan Shah kini kembali menjadi sebutan selepas kemunculannya dalam program Night Walk terbitan MBK Film Studio yang tular di media sosial.

Dikenali dengan personaliti ceria dan bersahaja, Roslan, 52, mengakui tidak menyangka jumlah pengikutnya di TikTok melonjak mendadak selepas lebih tiga bulan program berkenaan disiarkan.

“Sebelum muncul dalam Night Walk, saya hanya ada sekitar 60,000 pengikut di TikTok. 

Jadul kerja Roslan juga semakin padat.

“Alhamdulillah, selepas beberapa video tular dan ramai menonton program itu bersama artis undangan, pengikut saya meningkat kepada lebih 236,000,” katanya kepada mStar.

Menurut Roslan, popularitinya turut didorong hasil kolaborasi bersama sahabat baiknya, usahawan dan pempengaruh Mangobossku, yang juga antara tenaga utama di sebalik kejayaan program tersebut di saluran YouTube MBK Film Studio.

“Nama saya kembali dikenali selepas berkolaborasi dengan Mangobossku. Ramai mula mengikuti saya dan tinggalkan komen positif setiap kali saya buat siaran langsung di TikTok. 

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Roslan Shah hadir beri sokongan, dedah Vida rungsing sebelum barangan dilelong

ARTIKEL BERKAITAN: Tiada niat nak peluk, Roslan Shah akui tak sekufu dengan Vida... “Saya takut nak kahwin dengan dia sebab kekayaan kami tidak sama”

“Tapi biasalah, ada juga seorang dua ‘haters’. Kadang-kadang saya tertanya, betul ke orang suka tengok saya?,” katanya.

Walaupun berdepan kritikan segelintir netizen, Roslan lebih selesa mengambil pendekatan positif dan menghargai setiap sokongan diterima.

“Saya terharu bila ramai cakap mereka terhibur dengan keletah saya. Ada yang mesej kata hilang stres bila tengok video saya. Saya rasa sangat bersyukur.

“Alhamdulillah tawaran makin banyak datang. Mungkin ini berkat saya menjaga arwah ibu dulu. Allah bagi saya rezeki daripada arah tak disangka,” katanya.

Roslan turut memanggil usahawan dan artis ke rancangannya.

Selain aktif di media sosial, Roslan turut gembira apabila lagu terbarunya berjudul Hantu Hantu Hantu ciptaan Adi 6ixth Sense dan lirik oleh Emma Rockers mendapat sambutan menggalakkan.

“Ramai cakap lagu ini kerap diputarkan di radio tempatan dan luar negara. Malah ada peminat dari Brunei mesej kata mereka suka lagu saya. Alhamdulillah, semuanya rezeki.

“Saya hargai semua yang terus beri semangat, termasuk rakan kolaborasi dan peminat yang tak pernah jemu menyokong saya,” katanya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain