GELAGAT penyanyi dan pengacara Roslan Shah bersama usahawan Datuk Seri Vida ketika melakukan aktiviti paranormal di Singapura menjadi perhatian ramai.
Lebih mencuit hati, Roslan atau lebih mesra disapa Cik Lan, 53, memaparkan sisi yang berbeza ketika bersama usahawan sensasi itu sehingga ada yang mendakwa kedua-duanya sesuai menjadi pasangan kekasih.
Tampil menjawab mengenai perkara itu, Roslan berkata kestabilan kewangan menjadi punca dirinya takut mendekati usahawan tersebut.

Cik Lan dan Vida berjaya hiburkan penonton.
Malah dia juga sudah menganggap Vida tidak lebih daripada sekadar rakan karib memandangkan mereka sudah lama berkenalan.
"Kami sudah berkawan lebih 15 tahun. Saya tak pernah terlintas pun nak berkahwin dengan dia. Malah ketika kami berpimpin tangan sewaktu melakukan aktiviti paranormal itu pun beralas.
"Memang banyak netizen yang cuba 'kenen-kenenkan' kami tapi saya tak layan kerana saya anggap Vida sebagai kawan karib.
ARTIKEL BERKAITAN: Gimik Roslan Shah gaduh influencer Singapura menjadi, produk dikenali jualan dah capai RM1.3 juta
ARTIKEL BERKAITAN: Konon nak bagi job, Roslan Shah rugi RM1,000 ditipu individu mengaku staf stesen TV... “Dia kata ibu sedang tenat”
"Saya nak kahwin dengan dia pun takut sebab kekayaan kami tidak sama, tapi saya serahkan jodoh dan ajal kepada tuhan," katanya ketika dihubungi mStar.
Mengulas lebih lanjut, Roslan memberitahu sikap 'gentleman' yang ditunjukkan semasa rakaman paranormal bersama Vida adalah sekadar untuk mengurangkan rasa takut rakannya itu.
"Kami sama-sama takut, tapi dia lebih penakut. Jadi saya kenalah lebih berani sikit bila dengan dia dan selesaikan misi kami bersama," kongsinya.
Saya terkejut ketika itu, tiada niat nak ambil kesempatan.
ROSLAN SHAH
PENYANYI/PENGACARA
Dalam pada itu, Roslan turut menjawab mengenai tindakannya yang dilihat memeluk Vida kerana ketakutan selepas mendengar bunyi anjing menyalak.
Kata Roslan, dia tidak pernah berniat untuk mengambil kesempatan sebaliknya memberitahu ia tindakan spontan kerana terkejut dengan sesuatu yang tidak dijangka.
"Saya sudah minta maaf pada dia, kami terpeluk bukan sengaja. Saya terkejut ketika itu, tiada niat nak ambil kesempatan.

Vida cuba bertenang melawan ketakutan.
"Saya tak terlintas langsung kerana saya perlu menyelesaikan cabaran diberikan dan aktiviti yang dibuat juga hanya sekadar hiburan," kongsinya.
Sebelum ini, Roslan dan Vida merakamkan aktiviti paranormal di sebuah lokasi di Singapura dan disiarkan menerusi saluran YouTube MBK Film Studio.
Rakaman tersebut menjadi tular selepas rata-rata netizen terhibur dengan gelagat mereka yang melucukan.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube
TONTON VIDEO PILIHAN!


