HAMPIR 11 tahun berkecimpung dalam industri seni, Ziha Salleh mengakui masih ramai yang keliru dengan kariernya sebagai penyanyi.
Ziha, atau nama sebenar Nor Aziha Mohd Salleh, 31, percaya kekeliruan itu berpunca daripada ketiadaan karya baharu sejak beberapa tahun lalu.
Namun dia tidak berkecil hati dengan tanggapan oleh segelintir netizen yang tidak mengenalinya.

Ziha okay bila tak dikenali.
"Walaupun ramai yang tak kenal saya sebagai penyanyi, tapi saya okey saja sebab memang dah lama tak bernyanyi.
"Apabila keluar lagu tahun ini, barulah ramai yang sedar saya sebenarnya seorang penyanyi," katanya kepada mStar.
Ziha berkata demikian ketika ditemui pada sidang media pelancaran single terbaharunya bersama Allan Andrsn yang berlangsung di Kuala Lumpur pada Selasa.
ARTIKEL BERKAITAN: Macam tak percaya tewaskan penyanyi hebat lain, Ziha Salleh sedia hadap kritikan netizen
ARTIKEL BERKAITAN: Berhati-hati tapi bukan cerewet, Aina Abdul cari ilham di kota Jakarta
Kata Ziha, dia kini jauh lebih matang berbanding ketika mula-mula bergiat aktif dalam industri selain menyerahkan setiap perkara kepada rezeki.
Malah dia juga lebih tenang menghadapi turun naik kerjaya sebagai anak seni.
"Alhamdulillah, saya dah reda dan berdamai dengan takdir. Semua anak seni akan lalui fasa naik turun dalam perjalanan masing-masing.
"Dulu, masa muda mungkin ada rasa tertanya-tanya kenapa orang tak kenal, tapi sekarang dah tak ada lagi perasaan macam itu.
Cuma kita kena tahu apa kekuatan kita waktu itu.
ZIHA SALLEH
PENYANYI
"Rezeki ada di mana-mana, cuma kita kena tahu apa kekuatan kita waktu itu. Jadi kalau nak cakap soal kecil hati, sekarang dah tak ada sangat," katanya lagi.
Menurut Ziha, sepanjang tiga tahun kebelakangan ini, dia lebih banyak memberi tumpuan kepada minat dalam dunia fesyen dan aktiviti sebagai pempengaruh media sosial.
Dia juga mengakui bahagia menjalani kehidupan bersama suami dan dua anaknya yang sedang membesar.
"Tiga tahun lepas saya banyak hadiri acara fesyen dan luangkan masa dengan kawan-kawan.

Single terbaharu Ziha berjudul Romansa.
"Karakter saya masa tu memang lebih kepada pempengaruh dan pencinta fesyen. Memang minat saya ke arah itu," jelasnya.
Dalam perkembangan lain, Ziha teruja apabila single terbaharu berjudul Romansa mula mendapat tempat di hati peminat.
Lebih menarik, lagu ini merupakan hasil kolaborasi dengan Allan Andrsn yang juga sahabat lama.
"Lagu ini tercipta hasil daripada perbualan kami selepas bertahun-tahun tidak bersua. Tanpa sebarang perancangan perbualan tersebut berkembang menjadi satu projek muzik yang sangat peribadi buat kami berdua,” kongsinya.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube
TONTON VIDEO PILIHAN!


