TIADA angin tiada ribut, rumah tangga pasangan selebriti Sharifah Husna dan Halim Radzi menjadi perhatian ramai apabila timbul dakwaan kini sedang bergolak.
Lebih selesa menguci mulut, Halim atau nama sebenarnya Abdul Halim Radzi Sapari, 29, memilih untuk tidak mengulas lanjut mengenai perkahwinannya ketika ini.
Katanya cerita berkaitan keluarga adalah privasi dan dia juga enggan ambil peduli akan tanggapan netizen.

Halim dan Husan selesa mengunci mulut.
"Saya kalau boleh tak nak kongsi dan tak mahu komen apa-apa mengenai perkara ini. Memang saya jaga privasi rumah tangga saya.
"Biarlah mereka nak cakap apa-apa pun, sebab kalau saya bercakap sekali pun tiada kesan. Jadi saya pilih untuk tidak berkongsi," katanya ringkas ketika dihubungi mStar.
Sebelum ini sebuah portal menulis tentang kisah mereka yang dikatakan berdepan kemelut dalam rumah tangga.
ARTIKEL BERKAITAN: Sharifah Husna sakit kaki, Halim Rodzi berjalan dalam pusat beli-belah pakai ‘heels’ isteri
ARTIKEL BERKAITAN: Halim Radzi sudah jadi suami Sharifah Husna, gementar sampai keluar air mata dinikahkan bapa mentua
Spekulasi tersebut tercetus selepas Husna memuat naik sebuah video di akaun TikTok yang memperlihatkan dirinya sedang menahan air mata, seolah-olah sedang berdepan dengan kemelut peribadi.
Malah perkongsian di ruangan kapsyen Husna juga seakan memberi bayangan dirinya sedang berdepan masalah.

Perkongsian Husna jadi perhatian netizen.
Lebih mencetuskan tanda tanya, pasangan ini dipercayai memadam foto-foto bersama di media sosial masing-masing walaupun masih saling mengikuti.
Untuk rekod, Halim dan Husna mendirikan rumah tangga pada 21 Oktober 2022 dalam sebuah majlis yang berlangsung di Kajang, Selangor.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube


