suria

Sofazr tukar nama SecondPlan, lagu raya hadiah buat peminat

SecondPlan kini dianggotai oleh One (kiri), Zimi, Amir dan Fairouz.

KUMPULAN Sofazr tampil dengan nama baharu iaitu SecondPlan sebagai tanda penjenamaan semula dalam industri muzik.

Menurut Zimi selaku gitaris, keputusan tersebut dibuat memandangkan mereka kini hanya dianggotai oleh empat orang ahli.

Sebagai pengenalan menerusi identiti baharu, kumpula itu tampil dengan sebuah lagu raya berjudul Berhari Raya.

SecondPlan rakam lagu raya buat peminat. 

Berkongsi mengenai konsep lagu itu, kata Zimi, ia menyuntik elemen 1960-an dan proses rakaman berjalan dalam tempoh singkat.

“Menariknya, keseluruhan proses rakaman dan pembikinan lagu ini disiapkan dalam tempoh yang sangat singkat, iaitu sekitar dua hingga tiga hari sahaja.

“Lagu ini mengekalkan semangat Syawal yang ceria dan gembira dengan suntikan konsep light rock era 60-an bagi memberikan sentuhan nostalgia kepada pendengar,” katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Tangan ‘abang’ merayap dalam kereta, umpan beli beg baharu... Aedy Ashraf trauma tapi pilih jalan memaafkan 

ARTIKEL BERKAITAN: Tiada syarat tetap lancarkan lagu raya, Syamel dan Ernie Zakri raikan setiap karya baharu

Selain Zimi, SecondPlan turut dianggotai oleh Amir sebagai vokalis, One (dram) dan Fairouz (bes).

Lagu raya yang mula dilancarkan pada 27 Februari lalu juga merupakan hadiah buat peminat yang selama ini banyak memberi sokongan terhadap perjalanan kerjaya mereka.

SecondPlan mahu terus berkarya. 

Malah, Zimi juga memberitahu perancangan untuk merakamkan lagu raya adalah atas permintaan peminat yang sudah lama menantikan karya baharu mereka.

“Kami menghasilkan lagu ini atas permintaan peminat, jadi kami hadiahkan Berhari Raya buat mereka,” ujarnya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain