PELAWAK Shuk Sahar berkongsi berita duka kehilangan bapanya, Mohamed Sahar, yang meninggal dunia pada awal pagi Ahad.Shuk atau Mohamad Shukri Sahar, 40, secara ringkas memaklumkan perkara tersebut di InstaStory miliknya. “Assalamualaikum, minta sedekahkan al-Fatihah untuk ayah saya yang baru saja menghembuskan nafas,” tulisnya.Shuk mohon doa buat arwah bapa. Shuk bagaimanapun tidak menjelaskan secara terperinci punca kematian arwah bapanya.Dalam masa yang sama, dia memohon doa ramai dan meminta maaf sebagai wakil Allahyarham.ARTIKEL BERKAITAN: Shuk Sahar nafi culas nafkah anak, dedah bayar RM1,000 sebulan… Anak-anak di Sabah turut terima jumlah sama ARTIKEL BERKAITAN: Anak sulung Amyza Aznan meninggal dunia“Minta halalkan segala hutang dan maafkan segala salah silap beliau,” kongsinya.Dalam temu bual bersama mStar sebelum ini, Shuk memberitahu bapanya berada dalam keadaan kritikal.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube