PELAKON dan pengacara Adriana Adnan menegaskan dia tidak pernah berniat menjatuhkan reputasi mana-mana peniaga pasar malam apabila berkongsi pandangan peribadi mengenai mutu makanan yang dibeli. Bagi Adriana, 31, setiap komen yang dilemparkan adalah pandangan peribadi sebagai pembeli dan yakin setiap orang mempunyai cita rasa tersendiri. "Saya tidak dibayar untuk buat review dan semua makanan itu saya beli sendiri. Jujur saya komen ikut tekak sendiri, jika ada yang tak kena saya akan beritahu.Adriana berkongsi pandangan peribadi tentang makanan pilihannya. "Tak ada niat pun untuk menjatuhkan peniaga kerana setiap orang ada pilihan masing-masing. Sebab itu saya selalu beritahu komen terhadap makanan itu adalah mengikut cita rasa saya. Mungkin orang lain akan suka makanan tersebut," katanya kepada mStar.Sebelum ini, Adriana menerima pelbagai reaksi selepas aktif menghasilkan kandungan dikenali sebagai Adriana Cari Makan di media sosial yang memaparkan ulasan juadah dibeli di pasar malam.Biarpun ada yang mengkritik, dia memilih melihat perkara itu daripada sudut positif dan percaya setiap komen mampu memberi manfaat kepada orang ramai.ARTIKEL BERKAITAN: Bukan nak jatuhkan sesiapa, Adriana Adnan harap peniaga pasar malam tak takut nak bertegur sapa... “Kadang-kadang kena juga palsukan senyuman” ARTIKEL BERKAITAN: Diminta cipta kontroversi demi kekal relevan, Uyaina Arshad pernah disuruh pegang arak dan viralkan… Adriana Adnan pula dilabel terlalu ‘clean’"Ada satu masa cara saya makan kuih pun menjadi isu kerana dikatakan tersalah membuka balutan. Tetapi perkara ini menjadi perbincangan yang sihat. Orang komen dan perbetulkan cara saya makan."Saya suka melihat apabila ramai yang turut memberi reaksi mereka dalam setiap video sebelum ini. Saya rasa makanan dan minuman betul-betul menyatukan ramai orang," luahnya.Sementara itu, dia tidak menyangka video yang pada awalnya sekadar kandungan santai di media sosial mula mendapat perhatian ramai termasuk beberapa penaja yang mahu bekerjasama.Adriana singgah di 10 lokasi bazar Ramadan dalam dan luar negara. Terbaharu, Adriana tampil dengan 10 video menjelajah bazar Ramadan di beberapa lokasi dalam negara termasuk Brunei dan Indonesia.Berkongsi pengalaman itu, Adriana mengakui terpaksa mengorbankan peluang menyambut awal Ramadan bersama keluarga di Kuala Lumpur kerana komitmen kerja."Ini kali pertama saya sambut Ramadan berjauhan dengan keluarga. Pada 10 Ramadan barulah saya dapat peluang berbuka dengan keluarga kerana sebelum ini sibuk dengan jadual penggambaran."Memang rasa homesick, sebab ia satu pengalaman yang sangat menarik kerana saya dapat jelajah bazar Ramadan di tempat lain," jelasnya.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube