suria
mStar - Urban.Versatil

Nama makin naik, Muaz Zabir akui wujud ‘politik’ dalam industri seni

PELAKON Muaz Zabir mengakui terdapat segelintir pihak yang kurang senang melihat namanya semakin mendapat perhatian dalam industri seni tanah air.

Menurut Muaz, 29, perkara itu bukan sesuatu yang mengejutkan memandangkan setiap bidang pekerjaan pasti mempunyai cabaran dan ‘politik’ tersendiri.

"Ada, saya ada dengar. Taknaklah cakap industri kita ini kotor, tapi mana-mana kerja pun ada politiknya. Ada hierarkinya. 

Muaz hanya mahu fokus terhadap kerjayanya sahaja. 

"Saya tak boleh nak memenangi hati semua orang, tapi saya akan usaha. Itu saja saya boleh cakap," katanya kepada mStar. 

Enggan memperbesarkan isu berkenaan, Muaz sebaliknya memilih untuk memberi tumpuan penuh terhadap tanggungjawab yang diamanahkan kepadanya.

Kata pelakon itu, kepercayaan diberikan oleh pihak produksi akan dibalas dengan komitmen dan disiplin kerja yang tinggi.

ARTIKEL BERKAITAN: Belum ada calon serius, Muaz Zabir tak berani bawa wanita jumpa ibu… Hormat adat keluarga

ARTIKEL BERKAITAN: Muaz Zabir tak setuju lelaki baik sudah pupus, anggap wanita suka buat perbandingan

"Andai kata produksi itu bagi tanggungjawab kepada saya untuk selesaikan projek itu, saya akan selesaikan. 

"Saya akan pastikan tidak ada masalah yang berlaku. Itu yang saya akan cuba sehabis baik," ujarnya. 

Dalam perkembangan lain, Muaz memberitahu sepanjang Ramadan tahun ini dia bakal sibuk dengan penggambaran drama.

Muaz sibuk dengan penggambaran pada Ramadan kali ini. 

Malah hasrat Muaz untuk membuka gerai di bazar Ramadan juga terbantut apabila mempunyai jadual kerja yang padat. 

"Sekarang ini memang penuh dengan jadual kerja. Kalau ikutkan perancangan, saya memang nak buka bazar Ramadan. Namun, ada kekangan waktu serta kekurangan kakitangan. 

"Saya tak berani nak buka gerai sebab takut nanti hanya separuh jalan sahaja. Jadi lebih baik saya fokus kepada lakonan sahaja," ujarnya. 

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain