suria

Belum ada calon serius, Muaz Zabir tak berani bawa wanita jumpa ibu… Hormat adat keluarga

MENCECAH usia 28 tahun, pelakon Muaz Zabir memaklumkan dia masih belum membawa mana-mana gadis untuk bertemu ibunya sebagai calon menantu. 

Menurut Muaz, dia menghormati adat keluarganya yang menekankan bahawa bakal pasangan haruslah seseorang yang serius dan mempunyai perancangan untuk berumah tangga.

"Masih belum ada sesiapa yang saya bawa jumpa emak. Saya dibesarkan dalam keluarga yang kalau nak bawa seseorang, dia mestilah orang yang betul dan tepat. 

Muaz sentiasa hormati keputusan ibunya.

"Baru boleh jumpa dan berbincang. Saya tak berani nak bawa orang jumpa emak secara mengejut. Kalau rasa dia terbaik, itulah saya bawa jumpa ibu saya nanti,” katanya kepada mStar.

Tambah Muaz, ibunya tidak pernah meletakkan sebarang syarat mengenai calon menantu dan meletakkan kepercayaan penuh kepada dirinya.

Dia bagaimanapun menegaskan status dirinya masih ‘single but not available’ buat masa ini.

ARTIKEL BERKAITAN: Kesusahan artis veteran jadi pedoman, Muaz Zabir kerja keras simpan duit untuk hari tua

ARTIKEL BERKAITAN: Geledah kereta Muaz Zabir, terkejut ‘prank’ gambar Bella... Bezza dah macam almari, siap ada pencuci baju

Keutamanya kini adalah pada kerjaya lakonan, perniagaan, serta memastikan kewangan stabil sebelum memikirkan soal percintaan.

“Saya nak ada kewangan stabil untuk jaga anak orang. Dalam masa terdekat, tiada perancangan lagi mendirikan rumah tangga. Sekarang masih single but not available, itu jawapan tepat dan selamat,” luahnya.

Dalam pada itu, Muaz memberitahu dia bersedia untuk berkongsi pemilik hatinya kepada peminat apabila tiba masanya.

“Tapi Insya-Allah, bila tepat pada masanya, bila sudah serius dan kenal hati budi masing-masing, saya akan dedahkan siapa orangnya nanti,” ujarnya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain